Saat aku menulis ini, hujan lebat. Boleh aku guna kata
punjangga orang bercinta ? hujan seperti memahami perasaan ini dan turut
menagisi perpisahan ini.
Gadis kesayangan.
Boleh ke kalian jangan anggap ini satu perpisahan, sebab
bagi aku, ini Cuma jarak yang memisahkan kita,simpang jalan yang masing masing
ambil untuk teruskan perjalanan hidup masing masing. Cuma perjalanan sebelum
ini kita bersama, ada di sisi. Bangun pagi tengok muka, sebelum tidur gelak
ketawa. Jadi bila dah terbiasa bersama ada perasaan ralat bila terpisah.
Gadis kesayangan.
Boleh kalau kalian ingin anggap ini satu benda yang sangat
jiwang. Sebab aku bukan jenis petah berbicara bila soal hati dan perasaan.
Pilihan yang aku ada Cuma pendam dan menulis bila aku senang. Tulisan ini adalah
ganti untuk apa yang aku ingin aku sampaikan.
Terima kasih untuk segala galanya. Aku anggap ucapan terima
kasih ini tidak cukup untuk aku sampai kan kepada kalian, terima kasih dari
segala hal, wang ringgit, masa bersama, melayan kerenah, penat lelah, caci maki
untuk membina, dan perasaan yang kalian sediakan untuk aku. Perasaan tu sayang.
Sama seperti rasa yang ada dalam hati aku.
Gadis kesayangan.
Buat masa ini perjalanan hidup kita sudah tidak melalui
jalan yang sama. Kita temui simpang sendiri untuk kita teruskan. Tapi kita
tetap bersama, di mana ? letak tangan pada dada, ya ! di sini, di hati, kita
tetap bersama. Perjalanan aku agak terlambat dari kalian.
Gadis kesayangan.
Teruskan perjalanan. Dari aku, semoga kalian baik baik
sahaja. Selamat berjaya, dan selamat segala galanya. Kejar apa yang kalian
mahu, apa yang menganggu perjalan kalian, tepis saja, biar saja, itu semua tak
penting. Lantak. Terus maju dan bahagia.
Gadis kesayangan.
Jika kita tidak berjumpa di mana mana simpang, atau kita
tidak berjumpa di pertengan jalan perjalan kehidupan ini. Aku harap kita jumpa
di penghujung jalan, di destinasi abadi kita. Aku harap kita berjumpa di sana.
Gadis kesayangan.
Aku rindu. Sungguh tak tipu.
Aku sayang. Sungguh aku terbayang.
Shyhajar
2.31pm, 5 Nov., 14
No comments:
Post a Comment