Monday 29 September 2014

LIDAH TAJAM

"lidah itu lagi tajam dari mata pedang"

ini ungkapan yang pernah aku dengar
masa aku masih di bangku sekolah, belajar
tapi aku lupa siapa yang ujar

"senjata seorang mukmin adalah doa"

aku fikir. aku percaya, aku pegang

kau gabungkan dua quote tu,
senjata doakan kau lagi tajam daripada pedang, pistol, senapang dan segalanya

berdoa lah dengan lidah
percayalah dengan hati
dan kau akan selamat
inshaallah.



kau gabung kan

bila berdoa, jangan lupa bersyukur
dan
kau akan dapat apa kau nak, plus bahagia yang kau tak sangka

cuma masanya lambat atau cepat,
bersabarlah.
kerana kita tak pernah tau masa terbaik buat kita

SAKIT KEBAS

kalau aku tau, aku akan bahagia
bila tinggalkan dia
aku dah buat lama

tapi lagi kita sakit lagi kita kuat.
rasa sakit sampai kebas.
bila kau tinggal,
kau tak kan rasa menyesal

Friday 19 September 2014

POLKA DOT MERAH

selendang hitam polka dot merah
buat rindu menerjah
pada kawan sebilik serumah
dia sangat ramah

jannatulnaim abdullah

Thursday 18 September 2014

LT.M

Ini adalah perjalanan
Untuk memenuhi kehendak duniawi
Aku sendiri tak pasti
Adakah ini kehendak hati
Tapi satu yang pasti
Perjalanan ini penuh erti
Sangat perit utk di lalui
Apa yang harus ditanam dalam diri
Yang bermula pasti berakhir
Aku yang mulakan aku harus akhiri

Perjalanan ini belum selesai
18 Ogos 2014 tarikh aku fly
Ke UPSI sana bersama skuad yang dah lama sampai

Satu paku dah ada atas bahu
Apa ini yang di tunggu ?
Selama tiga tahun berusaha untuk itu
Ini Cuma satu paku
Belum berpaku paku atau bersilang atas bahu

Ini bukan yang aku mahu sebenarnya
Tapi ini yang terbaik buat aku juga
Ini rezeki dari Yang Maha Esa
Pengalaman itu aku dapat sekurang kurangnya


Berada dalam dunia ini bukanlah mudah
Rasa penat, tak puas hati, pendapat tak senang nak luah
Pangkat dijulang, bodoh ditendang, mengampu di sayang
Apa yang aku tahu aku tak sesuai
Untuk terus hidup dalam ini buai
Aku jenis cuai
Silap hari bulan aku boleh lunyai




LAGU CINTA

lagu cinta awak bagi
terlalu romatik
untuk saya percayai

#np-nothinggonnachangemyloveforyou

Sunday 7 September 2014

KENANGAN KITA

kenangan itu tentang kita
jadi biar kita saja rasa
bukan mereka
sebab mereka tiada dalam cerita
biarkan saja apa mereka kata
gosip, gedik segala bahagia dan derita 
kita kongsi bersama 
biarkan itu kenangan kita

(masa wasap dengan mimie)