Sunday 26 January 2014

BLACKBERRY

aku rindu blackberry
aku nak pergi 
aku tak suka semua nie
aku benci
aku cuma nak bersendiri
tolong bagi aku privacy

Friday 17 January 2014

SI IBU TUA

seorang ibu tua,
aku tak kenal,
oh, mungkin kenal tapi tak begitu rapat,
cuma sekali bertegur sapa, bersembang pendapat,

matanya sayu, wajah tua, masih nampak muda,
tapi umurnya sudah lanjut usia,

aku jatuh kesian,

seorang ibu tua,
mungkin juga seperti aku punya mama,

wajah tak sama, namun mereka berkongsi naluri keibuan yang sama,
merindui anak yang jauh dihantar belajar, dengan seribu harapan,

aku tak kenal dengan si ibu tua,
tapi aku faham seperti apa yang dia rasa,
sama seperti mama
kerana mama selalu berkongsi apa dia rasa

seorang ibu tua,
ya, aku bertahan di sini kerana mama,
dan aku tahan kan semua ini kerana si ibu tua,
anggap saja apa yang aku buat lepas nie,
kerana dia,
si ibu tua

nukilan ini, untuk aku,
bukan untuk bermuka muka,
ini ikhlas aku rasa,

aku pecaya, ada yang tidak faham,
tak mengapa, sebab aku yang azam
semua ini, aku tanam



Wednesday 15 January 2014

TAK LAGI

berdiri . tanpa lagi berpaling ke belakang
bukan tak sayang .
sungguh sayang .
cuma bagi peluang

Tuesday 14 January 2014

AL FATEHAH

al-fatehah ...
Tiga tahun aku duduk unimas
Ini berita kehilangan yang paling cemas
Harap pihak berkuasa buat kerja dengan pantas,
Supaya jenayah nie cepat di cantas



Kepada si pelaku, apa salah beliau pada anda ? apa motif anda lakukan semua ini ? lupakah anda dosa dan pahala ? 

Wednesday 8 January 2014

PAGI . PAGI .PAGI

sekarang 4.32 pagi,
aku patut study
tapi aku malas lagi,
10/1/2014 paper aku pagi

sekarang 4.33 pagi,
aku masih depan lappy
download cerita disney
artikel bertaburan atas meja study

sekarang 4.34 pagi
apa nak jadi ?
harap result tinggi
tapi usaha tak lagi .

sekarang 4.35 pagi
mohon ct hajar sedar diri
berdiri .
tutup lappy
pergi study .


Wednesday 1 January 2014

MANUSIA KERUGIAAN

tak salah inginkan apa yang kita belum ada,
tapi jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita telah ada

manusia kadang kadang kerugian,
dalam mengejar yang dia mahu,
dia terlepas dengan apa yang dia perlu

dalam mengejar yang sempurna,
dia terlepas yang terbaik buatnya

kadang kadang kita terpaksa korbankan sesuatu
untuk mendapatkan sesuatu
walaupun sesuatu itu bukan untuk kita

manusia tak akan sedar selagi dia tidak merasa kehilangan

korban sebuah persahabatan demi sebuah kebahagiaan . 

HAPPY NEW YEAR

kita semua masih ada 363 muka surat kosong untuk ditulis
kenapa perlu selak 365 muka surat yang lepas ?
buang saja . itu semua buang masa

haapy new year,
lambat dua hari aku wish .