Wednesday 13 August 2014

DUAPLOHTIGA


23 !
belum cukup dewasa
masih mencari komitmen kerja

23 !
belum masanya
masih fikirkan keluarga

23 !
masih cari banyak benda
untuk memenuhi semua selera

dan yang paling penting

 23 !
terlalu muda.
untuk tamatkan zaman muda remaja

Tuesday 12 August 2014

JANGAN BILANG SESIAPA

bila tengah bahagia
jangan cerita pada sesiapa
nikmati saja
diam saja
takut bila datangnya duka
tak tau letak muka di mana

bila tengah bahagia
jangan cerita pada sesiapa
angkat tangan, tadah doa
minta pada Yang Esa
semoga kekal sampai bila bila

jangan bilang sesiapa
diam saja


Monday 11 August 2014

TAHUN INI BEZA



selamat hari raya !
tahun ini beza
sangat ketara
tanpa ketupat rendang atas meja
sampai raya ketiga
masih sama
selepas seminggu raya
ada open house dengan budak tempat kerja
gua bantai makan macam orang gila
balas dendam katanya
walau apa pun orang mengata
gua tak tak apa
cuma nak cari bahagia
itu sahaja



alhamdulillah :)
gua lalui dengan bersahaja
hari hari yang penuh rindu di dada
pada keluarga tercinta





Friday 1 August 2014

TARIKH LUPUT CINTA

kalau kau datang untuk bagi aku bahagia
jangan pergi untuk tinggalkan luka
diam saja.
biar bersama
sampai bila ?
sampai masanya tiba