Saturday 28 June 2014

SELAMAT BERPUASA

puasa
dulu aku di sana
bersama keluarga
bangun sahur makanan tersedia
tahun ini beza

puasa
tahun ini aku sendiri
di bumi asing
seorang diri
sabarlah wahai hati

ini perjalanan menuju dewasa
selamat berpuasa

semoga ramadhan kali ini mendapat keberkatan
ibadah seperti ini adalah kali terakhir,

Thursday 19 June 2014

SI DARA

setiap petang si dara
termenung tepi jendela
lihat bakal suami tampar bola
apa betul jodoh itu milik mereka ?
harap mereka sampai bila bila

(petang rumah di kenanga)

Monday 16 June 2014

TIBA MASA

bila tiba masa
lepaskan saja
dengan apa pun cara
jangan berduka
hikmah mesti ada
lambat atau cepat itu cuma masa
terus tadah tangan. doa

Tuesday 10 June 2014

MAIN BELAKANG

Luaran kau lelaki menantu pilihan
Tapi kau sebenar macam setan
Kalau nak kawan jangan buat perangai serupa gampang
Kutuk kutuk orang belakang
Kau kawan tikam belakang !
Lebih baik aku kawan dengan orang main belakang.

Monday 9 June 2014

DADA SENDAT

saat masa tu makin dekat
kita makin rapat,
rindu tu nanti akan padat
di dada yang sendat


Sunday 8 June 2014

LELAKI IDAMAN

aku selalu impikan seorang lelaki
yang boleh petik gitar sambil menyanyi
nyanyi lagu cinta pada aku setiap hari
boleh ucap aku good morning baby
yang ada di sisi di setiap bangun pagi

bila fikir balik ini semua hanya ada dalam mimpi
mana nak cari lelaki sebegini
apatah lagi nak dijadikan encik suami

yang boleh petik gitar bersepah sana sini
tapi belum tentu boleh setia di sisi

yang boleh menyanyi belambak zaman ini
tapi belum tentu lancar bila mengaji

ada jea yang boleh ucap good morning baby
tapi belum tentu ada cinta di hati

yang ada di sisi setiap bangun pagi
tapi belum tentu dia bangun tahajud di dinihari

cari yang cuma sederhana untuk bakal suami
yang lain serah kepada jodoh dari Ilahi

Saturday 7 June 2014

KALIAN BERDUA

kalian nampak aku biasa
kalian nampak aku gembira

tapi hati ini sedih
jiwa ini pedih

saat kalian berdua pergi
bagaimana mahu aku kuat untuk berdiri

sayang itu ada sangat
pada kamu dua wahai sahabat

bilik mimie, 7/614