Monday 27 May 2013

BERDUA + COUPLE = NOT REALLY



berdua tak semestinya couple,
couple tak semestinya kahwin,
kahwin tak semestinya kekal,
namun kita mendoakan yang terbaik sahaja ..
selebihnya biar sang pencipta yang menentukannya ...

motif entry kali nie adalah nak cakap tentang kawan, sahabat, pasangan,

kadang bukan nak cakap dekat orang,aku sendiri pun sama, kalau nampak laki dengan perempuan jalan berdua, selalu bersama kemana-mana mesti nak syak dowg nie couple,
chooiii ! jangan salah tafsir dulu makcik pakcik,
sebenarnya tak semua yang mcam tu bercouple,
dowg cuma selesa berkawan bersama, segala cerita suka dan duka boleh dowg kongsi,
tapi dowg tau takat mana limit ...

memanglah, orang cakap hati dan perasaan nie bukan satu perkara yang boleh disekat,
dan juga bukan satu perkara yang boleh dipaksa,
so kalau dah selesa berkawan, berkawan aje la ..
perasaan tu tak berubah, sebab selesanya hanya untuk berkawan.

macam aku pun begitu,
ramai salah faham dengan aku,
tapi takpe ... aku tak boleh nak salahkan orang ramai,
sebab  itu adalah comman sense masyarakat.

so guys !
sape yang memang selesa mempunyai hubungan sebegitu
just keep it up,
bonus jugak kalau berkawan rapat dengan lelaki,
jadi kita dapat tau, dari sudut mana lelaki pandang perempuan,,
dan kita boleh baiki cara kita untuk encik bakal suami nanti...
hehehe ..
dan ini adalah antara benifit lain ..


yeah ...
tak dinafikan kalau dari sudut agama memang persahabatan begini salah ..
dan tidak digalakkan ..
tapi masing-masing ada cara sendiri dan berfikir sendiri ..



Tuesday 21 May 2013

KALIAN. KAWAN.

bersama tak semestinya selamanya ..
berkawan bukan harus sentiasa menempek .. 
kalau dah sibuk macam mana nak berkepit ..
bukan pula cuma mencari masa tersepit .

biarpun jarang bersama, 
namun ingatan ku selalu ada,
dan selalu juga kufikirkan dimana kalian berada,
cuma cara ku sikit mengada-ngada

bukan nak cari simpati,
dah itu cara aku mengingati,
harap jangan ada yang disalah erti, 
sebab sayang tu sentiasa di hati

cara kita tak sama,
jadual kita juga tak serupa,
kalau boleh nak jea berjumpa, 
macam-macam nak bercerita,

walau apapun nama kalian dah terlekat kat hati nie,
bukan senang-senang aku nak khianati,
biar ada ruang sikit, untuk rindu penuhi hati,
sekali jumpa baru puas hati 

Sunday 12 May 2013

selamat hari ibu,

SELAMAT HARI IBU, <3 <3 <3

ibu, bonda, mama, mummy, ummi, mak,

semua panggilan ini membawa erti yang sama,
bunyinya beda, namun mereka merupakan yang utama,

aku bersyukur,kerna aku masih didampingi oleh bonda tercinta,
ku termenung, merenung jauh bagaimana dengan mereka yang sudah tiada,
kehilangan bonda tercinta adalah kehilangan yang paling terasa,

saat pulang ke rumah, aku menanti detik bonda ku menyambut,
kalau dia tiada di rumah, aku akan tunggu kepulangannya untuk disambut,

kami akan ketawa bersama, berkongsi cerita suka duka,
cerita tentang kecewa, cerita tentang perkara cinta,
segalanya dilakukan bersama,aku bahagia,
walau kadang 'ceramah'nya panjang berjela,


bagaimana dengan yang telah tiada,
pasti mereka sangat terasa,
sedihnya kerana tiada bonda,
dengan siapa mereka berkongsi suka duka,

aku tidak dapat bayangkan jika aku dalam kalangan
mereka yang sudah kehilangan,
aku bisa gila, rindu bagai gila bayang ..

bila sedar, aku tadah tangan syukur yang tidak terhingga,
pada yang maha Esa, bonda masih bersama aku,
terima kasih ALLAH SWT
terima kasih bonda

i love u so damn much !

Thursday 9 May 2013

SENTAP

kadang hidup buat kita terlupa ,
tentang satu perkara
yang kita rasa biasa,
sedangkan itu adalah keburukkan yang kita selalu lakukan ..

"nak kata tak belajar agama, dah belajar ,, apa tak cukup belajar agama ? "

yaa .. aku tersentap dengan sepotong ayat ini,
ini sentap bukan sentap touching,
ini sentap malu diri sendiri ,

aku muhasabah diri, dengan ayat ini,
terima kasih pada yang memberi ayat ini ,
memberi maksud dan kesan yang sangat dalam ...

aku masih belajar untuk baiki diri,
semoga yang Esa merestui dan memberikan ku jalan ..
amiinnnn ....