Friday 21 November 2014

AZARUL HAMRI

"awak dah ada group ?"
"belum, kami ada tiga orang, saya sabah, dia kedah dan yang hujung tu sarawak"

semua start dari sini, bila puan nurul huda suruh buat group terdiri daripada pelbagai negeri.

kat sini aku kenal kau azarul,
dan sejak dari tu banyak gila moment kita, semuanya start daripada perkenalan untuk group tu

aku tak pandai nak berkata kata
seterusnya aku biar gambar bercerita
tentang kita




ini zaman first year, ini masa buat assigment politik

ini pun zaman first year, ini assigment comunication

ini dah makin besar, dah masuk tahun 2 !

ini killer subject masa tahun 2 katanya research methood, sampai ke Bau kita

ini masa gua teman lu deting bro, 

ini yang buat kita serasi, dua dua perangai gila

oh, kalau orang nak kata aku gedik aku tak kesah, sebab kawan aku sorang nie 
sama gedik dengan aku

konon konon buat kerja la tu ??

yeahh !! this video make us so bussyyyyy, tapi hasilnya owsem !

this is a great moment with u guys bro ! kalau rindu aku, tengok video tu.

dan kau suka bajet bajet sweet


sweet masa diner IRLS

ini aku tak boleh lupa. hadiah birthday masa kita tahun dua. thanks zarul ! 
aku dah tak pakai jeans tu, haha !

kalau kau perasan, tahun berubah. subjek pun beza, ahli kumpulan pun berbeza, tapi
yang tetap sama, kumpulan tu mesi ada kita berdua !

dan ini ...
sampai ke sini aku dengan kau. 


tada !!! ini special tu kau bro !
aku dengan berbesar hati dan dengan segala hormatnya 
ucapkan kau
TAHNIAH !






semoga kau lebih berjaya, cepat kerja, cepat kumpul duit, cepat kawen
kau kawen nanti aku nak vvip seat k, jangan lupa tu !
jangan lupa aku. hahaha ! 


Friday 14 November 2014

KEKASIH

kekasih,

simpan sepi hingga datangnya detik dan waktu adanya kau dan aku, biar kita melepaskan rindu seketika , biarpun dalam bisu

kekasih,

simpan rindu, biar tiada komunikasi bertalu talu, buat kerja kamu, jangan risau tentang aku, biar nanti bila ketemu tiada yang bisu

HARGAI KEHILANGAN

kalau kau tak tau bagaimana untuk menghargai,
sini !
aku ajar kau erti kehilangan.

Saturday 8 November 2014

GADIS KESAYANGAN

Saat aku menulis ini, hujan lebat. Boleh aku guna kata punjangga orang bercinta ? hujan seperti memahami perasaan ini dan turut menagisi perpisahan ini.

Gadis kesayangan.

Boleh ke kalian jangan anggap ini satu perpisahan, sebab bagi aku, ini Cuma jarak yang memisahkan kita,simpang jalan yang masing masing ambil untuk teruskan perjalanan hidup masing masing. Cuma perjalanan sebelum ini kita bersama, ada di sisi. Bangun pagi tengok muka, sebelum tidur gelak ketawa. Jadi bila dah terbiasa bersama ada perasaan ralat bila terpisah.

Gadis kesayangan.

Boleh kalau kalian ingin anggap ini satu benda yang sangat jiwang. Sebab aku bukan jenis petah berbicara bila soal hati dan perasaan. Pilihan yang aku ada Cuma pendam dan menulis bila aku senang. Tulisan ini adalah ganti untuk apa yang aku ingin aku sampaikan.
Terima kasih untuk segala galanya. Aku anggap ucapan terima kasih ini tidak cukup untuk aku sampai kan kepada kalian, terima kasih dari segala hal, wang ringgit, masa bersama, melayan kerenah, penat lelah, caci maki untuk membina, dan perasaan yang kalian sediakan untuk aku. Perasaan tu sayang. Sama seperti rasa yang ada dalam hati aku.

Gadis kesayangan.

Buat masa ini perjalanan hidup kita sudah tidak melalui jalan yang sama. Kita temui simpang sendiri untuk kita teruskan. Tapi kita tetap bersama, di mana ? letak tangan pada dada, ya ! di sini, di hati, kita tetap bersama. Perjalanan aku agak terlambat dari kalian.

Gadis kesayangan.

Teruskan perjalanan. Dari aku, semoga kalian baik baik sahaja. Selamat berjaya, dan selamat segala galanya. Kejar apa yang kalian mahu, apa yang menganggu perjalan kalian, tepis saja, biar saja, itu semua tak penting. Lantak. Terus maju dan bahagia.

Gadis kesayangan.

Jika kita tidak berjumpa di mana mana simpang, atau kita tidak berjumpa di pertengan jalan perjalan kehidupan ini. Aku harap kita jumpa di penghujung jalan, di destinasi abadi kita. Aku harap kita berjumpa di sana.

Gadis kesayangan.

Aku rindu. Sungguh tak tipu.
Aku sayang. Sungguh aku terbayang.

Shyhajar

2.31pm, 5 Nov., 14

gambar nie semua tak bersedia lagi, tapi ini natural. this is real, this is us !