Sunday 27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat hari raya !
Bangun pagi tanpa bau ketupat mama, rendang, tanpa biskut raya, tanpa merihanny baru raya,

ALLAH. Itu sahaja mampu aku cakap, sesungguhnya Dia yang maha mengetahui

Terima kasih mimie pepagi raya dah kejut kan aku, msg raya dari auni di malam raya. Aku perlukan kekuatan dari kalian girlfriend !

Mama abah, alahamdulillah, raya tahun nie balik kampung, bahagia. Semua happy. Terima kasih ayang yang selalu buat mama abah happy
Untuk angah terima kasih kerana banyak bekorban untuk mama dgn abah. I have chance to love other. But I choose to love you and care of you first before Allah give me someone to love most. I love u so much ! I love our family.

Gua dah tak nak nagis. Orang kat gaza lagi sedih Susana raya. So apa ada hal dengan gua yang hanya makan biskut kering di pagi raya. Alhamdulillah.

Kepada orang yang selalu buat aku terasa tanpa sedar, aku dah maafkan kau, kalau ini masanya untuk aku jauh, itu yang terbaik, tapi kau kena tahu, kau pernah jadi favourite person dalam hidup aku. Sampai detik ini, jangan tanya lagi apa aku rasa.

Kepada kengkawan yang selalu hiburkan hati. Jadi teman bergaduh manja, jadi pendengar yg terpaksa atau rela, yang sudi layan kerenah, kepada girlfriend and buddy, sumpah aku rindu korang. Terima kasih sb sudi jadi sebahagian dari hidup aku, terima kasih sebab sanggup susah senang dengan aku, halalkan makan minum, duit ringgit, terima kasih untuk peha yang empuk utk aku tumpang tidur, terima kasih untuk bahu yang selesa untuk aku menagis, terima kasih untuk tangan yang sentiasa pegang untuk aku terus kuat. terima kasih untuk semua. Terima kasih ALLAH, kerana hadirkan mereka

Selamat hari raya maaf zahir dan batin, aku tak da text panjang berjela, ayat yang sempoi, kad raya muka selfie. Tapi aku ada sekeping hati yang dan tak boleh ditunjuk tapi cukup ikhlas  dan rendah diri untuk mintak ampun dan maaf daripada kalian semua, halalkan makan minum, duit ringgit serta kasih sayang.

Salam perantauan

Aidilfitri 2014

Thursday 10 July 2014

DATANG PERGI

datang dan pergi sesuka hati !
apa kau fikir kau siapa ?
bidadara di syurga nanti ?
atau cuma datang menerpa ?

GAYAT

aku juga mahu berdiri
berdiri sendiri di tempat tinggi
tanpa ada takut di hati
tapi sayang, hati masih belum berani
tapi aku yakin sendiri
satu hari nanti
aku boleh berdiri sendiri
di tempat tinggi
tanpa ada rasa takut di hati


Wednesday 9 July 2014

PEREMPUAN KUAT

perempuan yang kuat ialah yang tidak takut akan kehilangan

perempuan yang kuat ialah yang tidak takut akan kemiskinan

perempuan yang kuat ialah yang mampu menahan rindu ditinggalkan

perempuan yang kuat ialah tidak meminta-minta keinginnannya dipenuhi


(driving alone, dengar radio)

Tuesday 8 July 2014

Sunday 6 July 2014

BAJET KUAT

sampai bila nak bajet kuat nie ?
entah la, tak pasti
mungkin sampai tak perlu bajet lagi
sampai betul betul kuat berdiri