Sunday 26 October 2014

HIDUP BAHAGIA PART 2

hidup bahagia gua di sambung dengan kejutan dari  mimie,
datang selak bantal ketika gua masih nyenyak tidur.
kata nak datang 26 Oct, tapi 25Oct dah terbentang depan mata.
thanks babe !

masa nie dah petang, buat kejutan untuk shah.

lepak kat foodcourt summer

hidup bahagia di teruskan lagi dengan trip utnuk ke kampung roberto. 
tapi singgah dulu di tasik biru.

macam adik beradik keluar jenjalan hari raya

tasik biru !
gambar nie nak bagi pada calon menantu pilihan

sampai sudah resort di kampung roberto, malangnya aku lupa apa nam resort tu
resort tu best dalam hutan, ade sungai, ada pondok utk bbq dan ada rumah panjang untuk
penginapan, cuma RM30 satu malam

macam tak cukup column, sepatutnya ada jenab, baru lengkap !




HIDUP BAHAGIA

dua tiga hari nie hidup gua rasa sangat bahagia.

dengan moment moment yang boleh buat gua gelak tawa

dah lama tak gelak besar sampai gegar dunia

cakap banyak tak guna biar gambar cerita segala


bermula dengan jumpa skuad, penuh gelak tawa tak kira masa

23 October 2014, bersama skuad untuk hiking ke Puncak Borneo.

muka bahagia baru sampai

ada sedikit perasaan eksaited untuk sampai ke atas

tak sampai separuh jalan, muka dah tahan penat, dengan beberapa skuad senior

penat ! 
lelaki ini di katakan muka sama dengan gua, dan gua gelarkan dia "bro" sebab dia punya perangai pun macam bro bro

acah acah betapa, padahal gua penat nak mampus dah nie 

baru dekat aman 6, jauh lagi perjalanan

gua tak tau mana budak junior nie dapat stamina,
tapi dia memang laju nak mampus,
dari bawah dapat naik ke atas nie saing dengan gua.
tapi gua suruh dia jalan dulu. 
"jumpa kat atas, tak lari gunung di kejar"

tadaaaa ! 
jumpa di atas,
finally gua sampai dengan bahagianya.
tapi budak nie sampai dulu

paling penting kat atas ialah photoshoot. 

gambar sangat tak sopan, tapi bahagia oi !!!

bersama skuad intermediate, yang gua gelarkan mereka sporting dan gila selfie

 there some meaning for this capital, keep the love silent !

setakat ini dulu, entry "hidup bahagia"
nanti gua sambung

PERKATAAN LAIN

ada perkataan lain tak untuk gantikan rindu ?
sebab aku malu kalau orang tahu

ada perkataan lain tak untuk cinta ?
sebab aku tak nak bagitau depan mata

ada perkataan lain tak untuk sayang ?
sebab aku tak nak sampai tergila bayang

CANTIK

aku ingin nampak indah
biar perasaan kau gundah

aku ingin cantik
biar kau rindu walau terpisah sedetik


NOKTAH

kalau cinta itu boleh beri bahagia tolong lah jangan adanya kecewa.

CURANG KASIH

curang kasih mana mungkin berlaku
kalau kau tahu apa hati kau mahu

curang kasih mana mungkin terjadi
kalau kau tetap pada hati

seperti mana kau tidak mahu dicurangi
seperti itu juga kau harus menjaga hati sendiri
sebelum kau menjaga hati orang yang kau sayangi

Monday 20 October 2014

MALAS

terkadang aku terasa ingin berusaha
untuk selamatkan semua

tapi kalau ini keadaannya
aku pilih untuk diam sahaja
dan biarkan.

malas nak ambil tahu.

Saturday 18 October 2014

PILIHAN BAHAGIA

jika buat aku sakit hati itu adalah pilihan kau
silakan ! aku tak kan menghalang

jika hiburan dengan yang lain itu adalah bahagia kau
silakan, aku tak jan menghadang

cuma jangan persoal bila mula diam antara kita
saat itu aku dengan sendiri tamatkan cerita
tanpa perlu kau tau kenapa


Thursday 16 October 2014

BERDATING

kadang kadang doa kita lagi panjang dari dua rakaat sembahyang
tapi jangan malu, berdating dengan kekasih sejati
kerana Dia tak akan tinggalkan kita sendiri

Tuesday 14 October 2014

KENANGAN BERSAMA

bila rindu datang tiba tiba
aku akan buat semua benda
yang kita pernah buat bersama
kemudian sentum macam orang gila
tidak mengapa
aku ok hidup dengan kenangan kita
walaupun aku kat sini korang kat sana
tapi korang ada dalam kenangan bersama

KENTUT

sumbat earfon ketat ketat
bukak lagu kuat kuat
kentut kuat dalam seluar sendat
takpe, tak dengar.

orang lain dengar la bodoh !