Tuesday 29 October 2013

SAYANG

Sayang tak semestinya turutkan semua kehendak
Yang mana betul kita boleh terima yang mana salah kena tolak
Hidup ini ada panduan bukan hidup sekadar suka suka,
Hidup tak sentiasa remaja tiba masa kita akan tua bangka
Tuhan bagi akal untuk fikir lebih,
Tapi kenapa nafsu binatang jugak  yg dipilih ?
Kenapa bahagia dunia jadi pilihan hati,

Kalau itu yang buat kau merana di akhirat nanti

PERGI SAJA

cinta
satu rasa
mana mungkin dikongsi,
anatara aku kau dan dia
pergi saja
aku terima 

Sunday 27 October 2013

JUST LET IT GO


if you love something let it go, 
if it come back to you its yours,
if it doesn't it never was and its not meant to be


Thursday 24 October 2013

HATERS !

aku kutuk kau, kau kutuk aku,
itu benda biasa, sebab kita tak sekufu,

kau boleh kata aku ikut suka, 
tapi bukan hal peribadi aku yang kau tak tau cerita,
tapi,
alang-alang kau dah kata,
aku harap am kau tak buat kau benda yang sama
then, waktu tu kau rasa lebih sakit dari aku rasa

kalau blog sedih aku kau boleh jumpa,
harap tweet celaka aku kau boleh follow juga,
aku harap kau baca !

Monday 21 October 2013

KAWAN DULU DULU

dulu aku ada kawan, kawan laki,
kami kawan baik, kami rapat,
tapi tu cuma kawan, aku tau kat mana batas kami,

kali nie dia dah ada awek,
awek baru,
aku hormat keputusan dia,
asal dia bahagia,
aku pun tak lama lagi mungkin akan jumpa pasangan aku jugak,

tapi aku sedih, hubungan kami dah tak macam dulu,
kami selalu gaduh, salah faham
dia selalu nak salahkan aku,
yea, kadang memang aku yg buat salah tu.
tapi kadang dia marah aku tanpa dia tau sebab aku buat sesuatu tu,
aku tak tau macam mana nak cakap kat dia,

tapi dia tengah bahagia, aku bagi laluan dulu pada dia
aku harap awek dia tak sakitkan dia,
aku harap mereka setia,
aku harap awek dia bangga dapat dia,
walaupun awek dia tak tau sakit perit, susah payah, habis duit untuk dia dapatkan semua yang dia ada sekarang,

aku okay, kenapa ada sengketa antara kami,
kami kawan tak perlu aku nak cemburu macam nie,
satu hari nanti aku pasti akan lebih memahami,
bila kejayaan yang dapat aku kecapi,
aku dah tak pedulikan semua nie lagi



BERHENTI LA HAJAR !

sudah la hajar !
ini masa untuk belajar,
bukan masa nak berkejar,
jangan nak pening sampai kepala jadi pijar,

ini bukan masa untuk fikir,
daripada buang masa fikir,
baik kau habiskan masa untuk zikir,

hati tenang,
perjalan jadi senang,
biarkan dia dulu untuk senang lenang,
sekarang bukan masa untuk air mata berlinang,

tapi bila aku dah boleh terima ketentuanku,
dia datang buat seolah tak ada apa yg berlaku,

aku tunduk, tersujud, tahajud untuk kekasih abadi, aku tau ada hikmah dengan apa yg terjadi, harap tak berlaku tragedi, hubungan ini belum tentu kekal abadai, walau kau menagis air mata sebaldi,


Wednesday 9 October 2013

HILANG KATA

tak tahu nak mula dari mana,
tak tahu nak mengadu pada siapa,
perbincangan aku dengan kawan kawan tengah rancak,
tumpuan ku terganggu bila dpt bbm dari kakak

semuanya berubah serta merta,
muka sarat dengan air mata,
mintak izin untuk ke tandas sementara
tapi semuanya hilang kata,

datang ke cais , menuju ke pc,
dia online tapi tak tahu dari mana mahu mula cerita untuk mengadu,
aku tukar chanel, bukak blog dan disini aku coretkan sendu,

dengar khabar keadaan disana buat aku tak keruan,
rasa kalau boleh dicepatkan masa akan ku ke sana dengan buruan
tapi masalah belum tentu pudar,
tapi sekurangnya aku cuba kan ?

seminggu balik sana bukan untuk suka-suka
seminggu balik sana untuk aku kongsi semua duka,
bersama mereka yang aku panggil keluarga


Monday 7 October 2013

TARIK DIRI

tak, aku tak kecewa, cuma terasa hati saja
bila dah terbiasa bersama,
sekali terabai memang terasa
tapi tak lama,
sikit hari lagi aku ok la
banyak benda nak kena settel,
harap aku tak mental


Sunday 6 October 2013

PROJEK MENCARI KEKASIH KONTRAK

aku dapat inform dari pegawai waran 1 yang skuad aku kena bawak pasangan untuk mess night nanti,
aku dah mula pening, mana aku nak cari pasangan ?? aku mana ada teman lelaki
aku mula terfikir mana mana kawan laki yang boleh jadi pasangan aku malam tu nanti,
orangnya kena la hensem, sebab nak tunjuk depan skuad kan ,,, konon jea laa ..

dan aku mula terfikir ... 
sape yang couple satu skuad tu macam mana ?
mesti cemburukan kalau tengok gf/bf dia bawak pasangan lain,
nak makan pun tak senang, hati mula tak sedap ..
bayar mahal mahal sebab nak enjoy malam tu,
tapi kalau dah mata tak boleh lari dari pandang bf/gf dengan pasangannya apa gunanya ?
dan aku rasa bertuah sebab aku tak di takdirkan untuk couple sesama skuad,
hahaha :)

dan aku mula buat projek untuk mencari kekasih kontrak nie,
kontraknya tak lama, cuma satu malam jea
pada malam makan malam rejimental asakr tu,
mess night 
who gonna be ??? 
we wait and see ..