Tuesday 27 May 2014

LUKA HATI

jangan cakap soal luka hati
dah macam macam aku kena maki
jangan susah hati
biar aku bawak diri
biar aku jaga hati sendiri
tak kan ada yang terluka nanti

Monday 26 May 2014

SUAMI ISTERI

kau jadi gila bila nampak duit
kau makan sampai buncit 
anak-anak kat rumah sakit cirit birit
isteri beli barang penuh tangan menjinjit
balik jalan kaki tengah panas terik

mana kau masa tu sang suami ?
apa belum puas kau enjoy zaman muda mudi ?
jadi untuk apa kau tamatkan zaman bujang dengan isteri ?

kau kata  keadaan ini biasa
kau kata kalau dah lima tahun kawin macam nie la

atau kau terlalu selesa ?

kau terlalu selesa
bila si isteri boleh urus semua segala

kau terlalu selesa 
bila si isteri tidak merungut penat urus rumahtangga

kau terlalau selesa
bila si isteri tak pandai merajuk muncung sedepa

kau jangan terlalu selesa wahai suami
sebab dia pendam semua isi hati
bila dia dah tak tahan nanti
bila dia dah mula angkat kaki
jangan kata duit sebaldi
jangan kata sebakul bunga daisy
bayang kau pun dia tak nak tengok lagi

(masa tunggu seorang kawan)


Sunday 11 May 2014

BARU KENAL


Baru kenal 7 hari,
Dah bercinta bagai nak mati,
Apa jenis perempuan kau nie ?
Apa kau tak ada malu walaupun sedikit ?
Kenpa cinta kau mudah untuk didapati ?
Apa maknanya cinta bagi kau wahai gadis sunti ?


 Baru kenal 30 hari,
Dah bercinta bagai nak mati,
Boleh peluk boleh kiss,
Aku nak tanya kat sini,
Bagi kau apa maksud I love u baby ?

Baru kenal 60 hari
Dah bercinta bagai nak mati
Siap berjanji untuk menjadi raja sehari
Kenpa kau tak fikir jauh sedikit
Hidup bersama bukan seperti kau impi

Cuba kau kenal dulu selama 365 hari,
Cuba kau tengok dulu baik buruk dalam diri
Memang dalam bercinta kita kena terima kekurangan diri
Tapi bagi peluang pada diri untuk mencari

Jika nanti kau tak puas hati,
Mula rimas sana sini,
Rumahtangga menjadi barai
Apa masa tu kau pilih untuk cerai ?

zaman bercinta tidak sama dengan alam rumahtangga
Kalau tak kuat boleh histeria
Bila tengok perangai pasangan tak sama macam dulu mula
Aku sendiri takut nak fikir,
Inikan pula nak bayangkan,
Makin fikir makin panjang zikir
Moga moga berpanjangan



SAKIT SENDIRI

Kalau aku sakit, aku suka lari,
Bukan lari 100m, tapi lari sendiri,
Duduk diam atas katil baring menyepi,
Kunci.
Tak siapa perlu merasai,
Bukan sombong, Cuma tak tau mcm mana nak kongsi


BERSYUKUR

Kadang aku nak masa cepat berlalu pergi,
Tapi ada ketika aku nak masa berhenti
Untuk seketika, aku nak nikmati,
Macam jugak kadang aku nak siang cepat bawak diri
Sebab nak nikmati malam dinihari
Tapi bila aku sakit sendiri
Sebab malam waktu datangnya memori
Aku mula menanti matahari siang lagi
Begitulah manusia tak sedar diri

Cuba bersyukur walaupun sedikit

Thursday 8 May 2014

CUBAAN MENJADI TUHAN

seperti kamu aku pernah jugak rasa
aku tau apa rasa walau tak sama

namun aku tak sekuat kamu
aku hanya jalani apa yang termampu

aku tau kita tak kenal sangat
aku tau kita tak rapat
wajah kamu yang kelat
buat aku fikir sesaat
mungkin lelah dengan dunia yg sangat padat
kalau dunia ini boleh berhenti dgn tekan punat
akulah orang pertama yg akan buat

namun satu perkara yang buat aku sedar,
bersyukurlah,
kalau kita di tempat yang salah bersyukurlah
kerana disedarkan sebelum terima padah
kalau kita di tempat yang tidak salah
bersyukurlah, kerana kita telah berjumpa dengan kawan yang salah
terus saja mengorak langkah

pedulikan mereka yang cuba menjadi tuhan
menilai orang tanpa fikirkan kesan
pedulikan mereka yang cuba jadi tuhan
menghukum orang tanpa belas kasihan
pedulikan mereka yang cuba jadi tuhan
menfitnah orang tanpa fikir kematian
pedulikan mereka yang cuba jadi tuhan
mungkin mereka lupa siapa sebenarnya tuhan

bukan simpati yang diminta
cuma mengharap kekuatan ada dihati kita
semoga di hati kita kekuatan menjadi raja

p/s dua ayat last adalah dari someone, thanks. indirectly you give me some strength

Monday 5 May 2014

HATI UNTUK DIJAGA

Menjaga hati
Lagi susah dari jaga diri
Kau terlalu jaga hati dia
Tanpa kau sedar hati aku terluka
Aku tak cakap aku diam saja
Kalau cakap panjang berjela
Tak mengapa
Apalah sangat hati aku untuk kau jaga
cuma bila kau susah aku ada
Bila kau senang aku tak tau kau di mana
Oh. hampir lupa
Tak perlu, hati aku kau jaga
Sebab hati dia kau kena jaga
Tak perlu aku minta
Buat lah apa kau nak, buat saja
Cuma bila hati aku dah kebal
Aku dah tak da rasa
Aku dah tak da hati
Tak da hati untuk semua
pergi saja