Thursday, 8 May 2014

CUBAAN MENJADI TUHAN

seperti kamu aku pernah jugak rasa
aku tau apa rasa walau tak sama

namun aku tak sekuat kamu
aku hanya jalani apa yang termampu

aku tau kita tak kenal sangat
aku tau kita tak rapat
wajah kamu yang kelat
buat aku fikir sesaat
mungkin lelah dengan dunia yg sangat padat
kalau dunia ini boleh berhenti dgn tekan punat
akulah orang pertama yg akan buat

namun satu perkara yang buat aku sedar,
bersyukurlah,
kalau kita di tempat yang salah bersyukurlah
kerana disedarkan sebelum terima padah
kalau kita di tempat yang tidak salah
bersyukurlah, kerana kita telah berjumpa dengan kawan yang salah
terus saja mengorak langkah

pedulikan mereka yang cuba menjadi tuhan
menilai orang tanpa fikirkan kesan
pedulikan mereka yang cuba jadi tuhan
menghukum orang tanpa belas kasihan
pedulikan mereka yang cuba jadi tuhan
menfitnah orang tanpa fikir kematian
pedulikan mereka yang cuba jadi tuhan
mungkin mereka lupa siapa sebenarnya tuhan

bukan simpati yang diminta
cuma mengharap kekuatan ada dihati kita
semoga di hati kita kekuatan menjadi raja

p/s dua ayat last adalah dari someone, thanks. indirectly you give me some strength

No comments:

Post a Comment