Thursday 26 December 2013

REZEKI

hari nie kau ada semua,
kau ada pangkat, kau ada cinta, kau ada bahagia
bagus . kekalkan apa yang kau ada
hari nie kau ada semua,
jangan sekali kau menghina
aku yang tiada apa
tak mengapa, hidup bukan cuma panjang sedepa
hidup terlalu pangjang hingga tak tau apa yang bakal menerpa
jangan kau angkuh, jangan kau lupa, jangan kau alpa
rezeki ada di mana mana dan rezeki tak kenal kita siapa
kalau rezeki itu datang bersyukur saja tanpa berkata apa

Monday 23 December 2013

NAK MACAM NIE


sweet ??
kan ?
boleh aku nak macam nie ?
dengan encik suami .
satu hari nanti .
harap dia sudi .
:)

Sunday 22 December 2013

MUSTAHIL



cinta ?
jauhi kita
kerana tak akan pernah ada rasa
antara kita, 

mustahil akan ada
sebab kita kawan 
cuma kawan
dan sampai bila bila pun kawan

cinta ?
mustahil ada antara kita

pergi saja,
lupakan saja 
buang masa saja 
kalau ada cinta antara kita


Saturday 21 December 2013

BIADAP PADA HATI

Sedih pedih kau buat aku macam sampah, 
kadang kau perlu sedar tak semua benda boleh bayar dengan duit kau yang melimpah,

Bukan aku cakap tak nak tolong tapi cukup kalau kau belajr hargai orang macam kau buat depan semua orang tapi tak pada aku.


Biadap kau pada hati aku !

CONVERSATION

HATI : sedih ?

HAJAR : tak ?

HATI : nak nagis ?

HAJAR : tak nak .

HATI : sampai bila ?

HAJAR : sampai bila bila

HATI : betul tak sedih ?

HAJAR : betul .

HATI : betul apa ?

HAJAR : betul aku tipu .

HATI : betul tak nak nagis ?

HAJAR : betul .

HATI : apa yang betul ?

HAJAR : betul aku tipu , aku sedih . betul aku nak nagis, serious . tak tipu

HATI : dah tu ?

HAJAR : pergi mampos , semua nie, abaikan . aku nak pergi . tolong ?

Friday 20 December 2013

SAHABAT BUKAN KEKASIH



AKU MENCINTAI KEKASIHKU, TAPI AKU LEBIH MENYANYAGI SAHABATKU, AKU BERKORBAN UNTUK KEKASIHKU TAPI AKU LEBIH RELA MELAKUKAN APAPUN DEMI SAHABATKU .. AKU MERINDUKAN KEKASIHKAN , TAPI AKU LEBIH MENGINGINKAN SAHABATKU ... KEKASIHKU ADALAH SEGALANYA, TAPI SAHABATKU ADALAH SEBAHAGIAN DARI HIDUPKU, KEKASIHKU SERING MEMBUAT KU MENANGIS TAPI SAHABATKU SERING MEMBUATKU TERTAWA ... KEKASIHKU MUNGKIN MENINGGALKANKU, TAPI SAHABATKU AKAN SETIA BERSAMAKU TO MY FRIEND CINTA BOLEH CARI TAPI SAHABAT SETIA PAYAH UNTUK DICARI


Tuesday 17 December 2013

PEREMPUAN DAN CINTA

Perempuan
tak lari dari masalah cinta,
Cinta, muda remaja,
Antara aku, kau dan dia,

Perempuan

Bila ada ex susah dia nak lupa,
Nak nak kalau dah banyak memori kongsi bersama
Tapi kalau dia dah pilih, dia akan setia
Itu aku, tak taulah macam mana dengan dia

Kalau tanya aku tentang cinta,
Aku dah lupa,
Dah terlalu lama,
Aku tinggalkan semua


Manusia tak kan pandai menghargai selagi dia tak rasa kehilangan,
Bila dah pernah rasa kehilangan baru dia rasa penangan,
Lepas tu baru dia pandai menghargai, walau sekadar pegang tangan

Perempuan,
Don’t u try looking someone better,
If u already have someone nicer,
Kalau orang melayu cakap.
Jangan sampai  keluar mulut buaya masuk mulut harimau,


The point is, you don’t have to looking for someone else,
Just be loyal, sooner or later he will realise,
That’s the way to give them lesson


Perempuan,
Selalu salah faham,
Bila boyfriend curang, dengan perempuan lain,
Mula lah dia pun nak ada pasangan lain,

No. don’t ! you are wrong.
Maybe u will ask me ?
Why we can’t ? why he can but I cant ?
No ! relaxs,
Kejahatan tak semestinya dibalas dengan kejahatan.
Awak tu perempuan, kalau awak curang balik dengan dia,
Apa orang cakap. Perempuan jenis apa ?

Stay tune, stay pretty, kalau boyfriend curang jangan gelabah.
Buat relaks sudah
If you love something let it go, if it back to you, it’s yours.
If it doesn’t it never was and it’s not meant to be,

Tapi itulah,
Hidup nie kan, cakap jea mudah,
Nak laksanakan, memang payah

Perempuan

Bila ex muncul kembali mula hidup tak senang,
Nak nak bila masa yang sama ada orang baru cuba nak pandang

Ex, terlalu banyak memory antara kita kongsi suka duka,
Tetapi masa yang sama hati ada orang lain cuba teroka,
Buat lah pilihan yang bijak supaya tidak ada yang terluka,
Baut lah pilihan yang bijak supaya tak panjang cerita







BEST VIDEO AWARD

mana hilang ? mana pergi ?
tak, tak hilang, ada jea sini,
cuma sikit busy,
busy dgn kehidupan sana sini,
kan lebih baik macam nie,

nak kongsi pada semua
kemenangan kami bersama
ini hasil kerjasama
ini assigment untuk sem lima
buat aku tersenyum lega

kami menang. memang kategori best video :)
biar gambar yang ceritakan kegembiraan kami .







dan dalam gambar nie semua adalah group member aku,
so guys owsem ! thanks for the cooperation
congratulation for us !
good luck for final ,

Friday 6 December 2013

CEWEK SIALAN

lu sembang kencang
lebih daripada angin kencang
lu sembang kiri kanan tak pandang

semua salah orang lu nampak
salah sendiri mana lu campak
lu sembang gempak
gua macam nak sepak

lu perangai macam sialan
apa orang buat semua lu marah macam nak telan
apa lu ingat lu perfect sangat ke setan
sembang kencang boleh la kawan

gua cakap sebab gua menyampah
lu tengok orang macam sampah
mana ada orang sempurna walau pakai purdah
sebelum rasa diri tu sempurna baiki dulu lu punya syahadah
takot lu yang nanti terima padah
time tu baru menyesal tak sudah

hidup nie memamng best,
tapi sekarang tuhan bayar cash
harap lu kuat bila kena test



STEP :)

take a step to move on,
somebody will looking at your step
and try to step in your heart
make a pretty choice girl :)


Tuesday 3 December 2013

COPY PASTE

tidak ada apa yang menarik untuk entry kali ini,
lately hidup terlalu busy
tak empat nak rakam apa yang terjadi
dan aku cuma biarkan semua berlalu pergi
tanpa aku peduli,
bagi ruang, masa, untuk cari masa sendiri
atau mungkin lebih baik begini ?

semua nie ayat aku copy paste,
tapi ada kena mengena


When a girl gives up, 
it's not because she doesn't love you, 
but because she's tired of getting hurt & feels like you'll never care.


Any person can say that they love you. 
only a few will actually prove it.


Sometimes, change is what’s best. 
can be measured not by holding on but by letting go....



we are best friend,
always remember that if you fall,
i will pick up you,



Tuesday 26 November 2013

SOMBONG

hati sakit, hati tak tenang,
ambil sejadah bentang, sembahyang
itu lagi baik dari tidur terkangkang

muhasabah diri,
aku nak bersendiri,

sombong ke aku ?
atau hanya dengan orang yang aku tak kenal ?

entah lah, 
setiap orang ada pandangan, 
aku tak pasti,
aku benci

jangan amik hati aku,
bukan itu yang aku nak,
aku nak pergi,
mungkin tak lama lagi



GOSSIP GIRL



aku rindu kita yang dulu,
dulu kita sebulu

banyak benda kita buat bersama
enjoy tak ingat dunia

masak, makan, outing, singing ot maybe dancing
gossip sampai pagi

aku rindu zaman tu,
bila lagi untuk semua mcm dulu ?



Tuesday 19 November 2013

NOTHING TO SAY

i just want cry loudly 
and let my tear tell the strory

im done.

Monday 18 November 2013

PENIPU


Tengok pada wajah mereka tak sanggup rasanya untuk aku marah,
Tapi tuduhan mereka menyebabkan mereka terima padah,
Itulah pepatah cakap kerana nila setitik rosak susu sekawah,
Sorang buat semua terima kesan macam haram jadah,

Tengok pada seorang adik junior,
Mungkin aku dulu pun macam tu di mata senior,
Tapi jenis macam aku nie bilangannya minor,

Mereka baik, mereka tak salah, bukan semuanya salah
Ada yang baik, ada yang cuma terima padah,

Tapi itu adat kat sini, kau buat tak buat, semua benda tanggug padah

MARAH

Aku bukan jenis marah dengan emosi,
Bila aku dah marah dengan dengan emosi,
Aku rasa aku ada aku macam cipanzi,
Sebab tu aku tak amalkan dalam diri.

Tapi, ade satu makhluk nie, dia buat aku naik angin sampai tak tahan,
Lama dah pendam, bila meletup, tangan sejuk, dada berombak kencang,
Kalah orang sakit jantung,
Lepas tu aku mula rasa tak guna pada diri sendiri, aku tak suka perasaan tu,
Aku rasa aku nak tidur lama lama, bangun , mandi lama lama dan aku jadi orang yang baru
Aku malu kenangkan kedaan aku marah marah tu
Tapi budak tu dah naik lemak, dia buat darah aku naik sampai tahap max,

Nasib tangan tak naik kepala dia

Saturday 16 November 2013

RUANG KECIL UNTUK DATING

ruang itu kecil saja
cuma muat untuk aku dan Dia
romantik punya suasana

masa dating sangat sekejap
untuk aku meratap

sujud rindu kekasih abadi
cuma lima kali sehari
tapi kenapa itu pun masih liat lagi ?

kala sedih, kala susah
Dia tak pernah biarkan kita resah
zikir sampai lidah basah
dating denganNya atas sejadah

kalau tiada bahu untuk bersandar
aku kena sedar,

aku masih ada dahi untuk sujud
dan tenang tu pasti wujud

kenapa sibuk kejar dunia tercinta ?
apa bukti dunia cintakan kita ?
kekasih abadi tetap setia
kenapa pilih untuk jauh dari Dia ?

bila sedar, aku menagis,
menagis untuk cuci hati
yang entah apa warnya ?

sujud syukur kekasih abadi, cintanya hidup dan mati
insaf diri sendiri .

Thursday 14 November 2013

DAIRI CINTA KITA

aku ada boipren
boipren lama
dulu kami bercinta
sangat bahagia
kami ada diari cinta
macam legenda budak setan punya cerita
boleh kongsi bersama
tulis apa saja kami rasa 
cerita suka, cerita duka
itu cerita lama
sekarang sudah tak ada
yang ada
hanya diari cinta


Wednesday 13 November 2013

DIA DATANG

dia datang. tiba tiba
cerita segala
walaupun tak semua

aku terkejut.
tapi aku dengar.
aku fikir

aku fikir, perlu ke ?
mungkin dia ada motif,
motif yang dia saja tau.

kepada kau, jangan marah.
aku tetap pada janji .
aku tak cakap dengan dia,
aku cuma chatting saja

kepada kamu.
aku tak sombong.

cuma ada sebab aku sebegitu
kata kata tak sama dgn tingkah laku
mungkin aku perlu kaku
untuk semntara waktu

kalau kamu kata kamu faham
sebab kamu perempuan
aku juga sama, perempuan.
kamu rasa aku tak faham

aku tak suka ini keadaan.
aku tak suka kalau aku dipersalahkan
atau ini pengorbanan

MACAM MACAM

cerita semalam.

 tak jumpa, mungkin rindu menerpa.

cerita hari ini

jumpa. di pagi hari,
bergurau, gelak, ketawa, senyum sinis.

bengong, kepala hotak,
tinggal kepala tak dihentak
habis semua cerita dibukak

ini kawan,
bukan pasangan
kenapa masih ada tak dapat terima kenyattaan ?
jom persetan !

masa berjalan,
hentikan lamunan

manusia,
macam macam ragam,
masing masing rasa asam garam

Monday 11 November 2013

OVER CONFIDENT

people talk behind not because they are jealous 
but because you are annoying

don't briefly confident when you are happy,
because we do not know what will be next

Sunday 10 November 2013

CERITA KITA BEZA

cerita kita tak sama,
cerita kita berbeza,
hari nie kau gembira,
hari nie aku bersedih duka,

tuhan merancang dengan sempurna
kita hanya tinggal untuk melaksana

jangan kau senang, gembira sampai terlupa untuk bersyukur, 
hidup jangan terlalu kufur
takut nanti kau jatuh tesungkur

bersederhanalah dalam hidup,
pintu bahagia tak pernah cukup,
pintu taubat tak pernah tutup,

kalau kau bahagia tapi kau tak bersyukur
itu yang buat kau rasa tak penah cukup



Tuesday 29 October 2013

SAYANG

Sayang tak semestinya turutkan semua kehendak
Yang mana betul kita boleh terima yang mana salah kena tolak
Hidup ini ada panduan bukan hidup sekadar suka suka,
Hidup tak sentiasa remaja tiba masa kita akan tua bangka
Tuhan bagi akal untuk fikir lebih,
Tapi kenapa nafsu binatang jugak  yg dipilih ?
Kenapa bahagia dunia jadi pilihan hati,

Kalau itu yang buat kau merana di akhirat nanti

PERGI SAJA

cinta
satu rasa
mana mungkin dikongsi,
anatara aku kau dan dia
pergi saja
aku terima 

Sunday 27 October 2013

JUST LET IT GO


if you love something let it go, 
if it come back to you its yours,
if it doesn't it never was and its not meant to be


Thursday 24 October 2013

HATERS !

aku kutuk kau, kau kutuk aku,
itu benda biasa, sebab kita tak sekufu,

kau boleh kata aku ikut suka, 
tapi bukan hal peribadi aku yang kau tak tau cerita,
tapi,
alang-alang kau dah kata,
aku harap am kau tak buat kau benda yang sama
then, waktu tu kau rasa lebih sakit dari aku rasa

kalau blog sedih aku kau boleh jumpa,
harap tweet celaka aku kau boleh follow juga,
aku harap kau baca !

Monday 21 October 2013

KAWAN DULU DULU

dulu aku ada kawan, kawan laki,
kami kawan baik, kami rapat,
tapi tu cuma kawan, aku tau kat mana batas kami,

kali nie dia dah ada awek,
awek baru,
aku hormat keputusan dia,
asal dia bahagia,
aku pun tak lama lagi mungkin akan jumpa pasangan aku jugak,

tapi aku sedih, hubungan kami dah tak macam dulu,
kami selalu gaduh, salah faham
dia selalu nak salahkan aku,
yea, kadang memang aku yg buat salah tu.
tapi kadang dia marah aku tanpa dia tau sebab aku buat sesuatu tu,
aku tak tau macam mana nak cakap kat dia,

tapi dia tengah bahagia, aku bagi laluan dulu pada dia
aku harap awek dia tak sakitkan dia,
aku harap mereka setia,
aku harap awek dia bangga dapat dia,
walaupun awek dia tak tau sakit perit, susah payah, habis duit untuk dia dapatkan semua yang dia ada sekarang,

aku okay, kenapa ada sengketa antara kami,
kami kawan tak perlu aku nak cemburu macam nie,
satu hari nanti aku pasti akan lebih memahami,
bila kejayaan yang dapat aku kecapi,
aku dah tak pedulikan semua nie lagi



BERHENTI LA HAJAR !

sudah la hajar !
ini masa untuk belajar,
bukan masa nak berkejar,
jangan nak pening sampai kepala jadi pijar,

ini bukan masa untuk fikir,
daripada buang masa fikir,
baik kau habiskan masa untuk zikir,

hati tenang,
perjalan jadi senang,
biarkan dia dulu untuk senang lenang,
sekarang bukan masa untuk air mata berlinang,

tapi bila aku dah boleh terima ketentuanku,
dia datang buat seolah tak ada apa yg berlaku,

aku tunduk, tersujud, tahajud untuk kekasih abadi, aku tau ada hikmah dengan apa yg terjadi, harap tak berlaku tragedi, hubungan ini belum tentu kekal abadai, walau kau menagis air mata sebaldi,


Wednesday 9 October 2013

HILANG KATA

tak tahu nak mula dari mana,
tak tahu nak mengadu pada siapa,
perbincangan aku dengan kawan kawan tengah rancak,
tumpuan ku terganggu bila dpt bbm dari kakak

semuanya berubah serta merta,
muka sarat dengan air mata,
mintak izin untuk ke tandas sementara
tapi semuanya hilang kata,

datang ke cais , menuju ke pc,
dia online tapi tak tahu dari mana mahu mula cerita untuk mengadu,
aku tukar chanel, bukak blog dan disini aku coretkan sendu,

dengar khabar keadaan disana buat aku tak keruan,
rasa kalau boleh dicepatkan masa akan ku ke sana dengan buruan
tapi masalah belum tentu pudar,
tapi sekurangnya aku cuba kan ?

seminggu balik sana bukan untuk suka-suka
seminggu balik sana untuk aku kongsi semua duka,
bersama mereka yang aku panggil keluarga


Monday 7 October 2013

TARIK DIRI

tak, aku tak kecewa, cuma terasa hati saja
bila dah terbiasa bersama,
sekali terabai memang terasa
tapi tak lama,
sikit hari lagi aku ok la
banyak benda nak kena settel,
harap aku tak mental


Sunday 6 October 2013

PROJEK MENCARI KEKASIH KONTRAK

aku dapat inform dari pegawai waran 1 yang skuad aku kena bawak pasangan untuk mess night nanti,
aku dah mula pening, mana aku nak cari pasangan ?? aku mana ada teman lelaki
aku mula terfikir mana mana kawan laki yang boleh jadi pasangan aku malam tu nanti,
orangnya kena la hensem, sebab nak tunjuk depan skuad kan ,,, konon jea laa ..

dan aku mula terfikir ... 
sape yang couple satu skuad tu macam mana ?
mesti cemburukan kalau tengok gf/bf dia bawak pasangan lain,
nak makan pun tak senang, hati mula tak sedap ..
bayar mahal mahal sebab nak enjoy malam tu,
tapi kalau dah mata tak boleh lari dari pandang bf/gf dengan pasangannya apa gunanya ?
dan aku rasa bertuah sebab aku tak di takdirkan untuk couple sesama skuad,
hahaha :)

dan aku mula buat projek untuk mencari kekasih kontrak nie,
kontraknya tak lama, cuma satu malam jea
pada malam makan malam rejimental asakr tu,
mess night 
who gonna be ??? 
we wait and see .. 


Thursday 26 September 2013

KEKASIH AWAL DAN AKHIR

bangun tebgah malam, dengan niat yang sangat suci untuk siapkan proposal sebab esok dah nak kene jumpa supervisor fyp, ceeewahhhh fyp tu .. ( final year project ),
sambil buat keje nie best jugak layan lagu kat youtube, and i keep listen to one song,
kekasih awal dan akhir by jamal abdilah, lagend tak aku ? hahaha !
entah la, sebenarnya lagu lagu lama macam nie lirik dia sangat owsem !
tak termasuk lagu jiwang 90an tu la yang lirik dia sangat ... erggghhh !!

btw i miss my parent too much,
lagu kekasih awal dan akhir nie abah tujukan untuk mama,
kira theme song untuk diorang laa ..
how romantic they are ?
hahahaha,
dan aku pun harap bakal suami aku tu nanti akan bagi aku lagu yang sama
tengok la pada tajuk dah boleh buat melting ..
kan ??

sebenarnya kalau dah bangun tengah malam nie,
banyak berangan sebenarnya,
tapi tak salahkan,
orang yang tak berangan tu adalah orang yang otaknya tak berfungsi
and i keep dreaming my dream and my hope,

so moral of story,
my kekasih awal dan akhir is mama dan abah,
hope abah cepat sihat and back to normal,
:(
and i hope i will be first and last for my future husband
:)

Wednesday 25 September 2013

TEKANAN



Orang cakap tekanan tu buat kita semakin bertahan,
Kalau betul boleh buat teladan,
Sekarang aku banyak tekanan,
Banyak benda yang perlu difikirkan
Banyak perkara yang perlu perlu dilaksanakan
Banyak hutang yang perlu dilangsaikan,
Entah mampu atau tidak untuk aku bertahan,
Aku cuma berharap masih ada kekuatan
Untuk habiskan apa yang telah aku mulakan,
Lambat atau cepat semua ini aku kena habiskan


Wednesday 18 September 2013

PENANGAN PERFUMED

Dia berjalan, melintasi aku di hadapan,
Bukan kerana dia yang tampan,
Tapi bau perfume dia yang tarik perhatian,
Teringat aku akan kenangan lama yang aku simpan,



Hadiah yang keberapa aku tak pasti
Tapi bau tu aku ingat sampai mati
Walaupun hubungan tu dah lama berhenti

Sebab kengan tu sentiasa di hati

Saturday 14 September 2013

DIA SEMPURNA


Dia,
dia sempurna, cantik lemah lembut, tutur kata yang sopan, suara lembuat keibuan bak seorang ibu yang penyanyang, dia tak gedik, dia tinggi lampai, pakaian menutup aurat. sempurna!



Aku,
aku kasar, tutur kata ku selalunya tak sopan, suara ku lantang, tiada sikap penyanyang, aku perempuan yang selalu di cop gedik, aku rendah,gemuk hitam, pakaian aku asal lepas saja,

Aku dan dia , beza kami setinggi gunung kinabalu tak dapat dibandingkan seperti aku yang masih tidak mampu untuk mendaki gunung tersebut.

Namun, dengan dia aku selalu mengalah, walau salah itu dari dia, aku mengalah jika tidak aku pasti orang akan salah kan aku kembali, dengan perbezaan diri kami, mana mungkin salah di letakkan pada dirinya.

Aku tak tau bagaimana mahu mulakan cerita ini, tapi aku sakit hati, dengan perempuan yang di anggap sempurna ini, namun aku selalu makan hati, dengan sikap dia yang over clumsy
Orang cantik, orang sempurna semua salah dia orang tak nampak, salah semua di letakkan pada aku yang sebigini rupa, lupakan manusia yang aku juga ciptaan yang maha esa ? :(


MALAM PEKAT HITAM LEGAM

Malam ini aku sendiri dalam malam yang pekat,
Mencari kejujuran yang tersekat,

Kenapa ia tersekat sedang itu adalah yang ku mahu
Dari siapa kejujuran itu aku pun tak tahu,

Aku mencari, mencari kepastian yang sendiri tak pasti,
Terus termenung aku masih menanti

Akhirnya aku  buntu dalam pencarian ini,
Terduduk,tersujud berserah aku pada pencipta insani




Tuesday 9 July 2013

HATI KU TERTINGGAL DI KINABALU !

perjalanan jauh ...
percutian panjang ...
mengajar aku tentang kehidupan ...
siapa kawan ... siapa lawan ...
siapa kita dan siapa tuhan ...




banyak kenangan yang telah terukir ...
melihat karang di dasar lautan, aku berzikir ..

indah bumi ciptaan Nya ..
setiap pelosok dunia ..
aku kagum .. aku bersyukur ...
kerana diberi kesemptan untuk melihat sumua itu,
supaya aku tak kufur ...

dalam percutian ini ....
aku dikenali ... mengenali ..
indah hubungan itu,
buat aku terpaku,
sopan tutur kata itu buat aku tersenyum
bila tiba saat pulang hati ku sedih ...

aku ingin lagi mengembara ...
ke lautan juga hutan rimba

aku ingin lagi bertemu kamu
biar masa berlalu tapi tidak mahu kamu menjadi masa lalu .. (K)

aku tengan menunggu pesawat .. yang akan bawa aku terbang ..
pulang ..
ke pangkuan keluarga ..

sungguh aku rindu !
hati ku di kinabalu




Friday 21 June 2013

PERJALANAN JAUH

perjalanan sudah jauh,
aku sudah habis bergelar pelajar tahun dua,
perjalanan sudah jauh,
semakin banyak cabaran
perjalan sudah jauh,
pelbagai telah ku tempuh,
perjalanan sudah jauh,
banyak sudah yang aku ketemu,banyak juga yang sudah hilang,
perjalan makin jauh
aku sedah meningkat remaja


perjalanan jauh aku tempoh esok,
perjalanan dari sarawak menaiki bas,
tak dapat ku bayangkan
persedian barang telah siap,
tapi hati ku tak bersedia,
tah la .. mungkin cuma rasa setiap perjalanan jauh yang bakal aku tempoh,
setiap kali nak travell jauh mesti rasa something kan?

hati ku merintah tidak mahukannya,
hati ku memberontak,
hati ku telah tiada disini
saat ini aku teringatkan saat-saat bersama keluarga

namun aku harus lalui,
ini yang ku pilih,

sabah
harap menarik perhatian ku,



Sunday 16 June 2013

HAPPY FATHER DAY

untungkan kalau jadi DJ, wish father day kat abah dia, satu dunia boleh dengar,
tapi aku bukan DJ, aku hanya student,
bestkan kalau dah bekerja boleh bagi hadiah father day kat abah,
tapi aku hanya seorang pelajar dan ada seorang saje abah,
so .. sempena father day, i would like to wish happy father day to my grand super hero, my only superman,
happpyyyyy father day abahhhhhhhhhhhhh !!!!!! i love you sangat-sangat.

from,
siti hajar binti yunus,

i will bring your name forever, and i am proud to do so :)


this is my only abah and his lover my mum, ehehe .. :P

HE IS ...

sometimes we have to admit something that we think and no one never know and understand ... 

there manys way to say it, but there limit way to make people understand ..


and this is what i am said through my heart ...

Wednesday 12 June 2013

PERCAYA + PENIPU

kecewa, marah, terkilan,
ada orang boleh sembunyi semua tu,
kalau aku lebih suka pilih untuk diam,
diam itulah kecewa aku,
aku diam sebab marah,
marah buat aku terkilan dan diam.
nak nak bila kita luah apa yang kita rasa orang tak faham, lagi sakit hati bila buat-buat tak faham.
jenis tak fikir perasaan orang nie banyak jea kat dunia nie,
jenis fikir kena jaga perasaan orang tersayang dia aje lagi semak kat dunia nie,
jenis itu, apa dia fikir hidup dia dengan dengan yang tersayang aje ke apa ?
jenis aku, jenis cakap banyak,
tapi main tang part emotional, kecewa marah, terkilan aku boleh buat diam je,
lagi senang cakap 'takde apa' dari aku nak kena explain apa aku rasa,
sebab belum tentu orang akan faham.


bagi aku bohong tu buang masa. 
jadi kenapa nak bohong tak tentu hala. 
terus terang saja biar salah itu kau yang mula.
kalau mengaku tak la nak marah sangat. 
biarpun perkara tu yang buat hati menyengat.
paling sakit hati bila kepercayaan dikhianat,
lepas tu tak mau mengaku dan dok buat benteng pertahan. 
lagi teruk kalau orang tanya, dia marah-marah macam leftenan. 
ikut kau lah, cara aku mudah, 
kau yang buat payah.
 aku nak kau terus terang saja. kalau betul pun aku tak kesah,
sebab kau ada hak. tapi aku nak dengar alasan kau tu jea.

tapi kau tak faham, kau marah aku balik macam nak baham. kita boleh terus kawan, aku boleh terus melayan. tapi percaya tu dah melayang. mintak maaf la kawan. kau aku berbeza, kau aku tak sama.

sekian,


Monday 10 June 2013

KRITIKAN



kenapa jadi begini ? kalau dah orang sakitkan hati apa lagi yang diananti ? sebenarnya kalau ikut hati mati, tu yang sebetulnya, kadang orang yang sakitkan hati kita nie, bukan dia sengaja tapi dia memang fikir yang kita boleh terima apa yang dicakapkan tu, iyea lah, kalau dah rapat macam ini la jadinya.

bukan setakat kawan, adik beradik pun samakan ? kadang apa yang dikatakan tu menyakitkan hati, tapi tetap jugak kita amik berat. sebab apa sebab sayang. kadang jea rasa lempang muka dia, tapi bila fikir balik ada betul apa yang dikatakan tu, baik diam. tapi kalau tak betul memang sakit hati la kan.

kawan nie, kalau marah pun tak guna, kalau dah kawan mesti tau kan apa yang kita tak suka, apa yang kita suka. tapi tak semua orang faham kita. so from my site, aku diam selagi boleh, kalau agak dah tak tahan aku akan cakap jugak tapi memang lancang lah mulut aku, sampai ada yang rasa nak cili mulut aku, ada rasa nak putus kawan pun ada,

manusia kan ... manusia selalu fikir yang apa yang dia cakap tu semua betul, dan manusia tak lari dari suka mengkritik. aku tak diskriminasi sebab aku pun macam tu jugak. tapi kadang kena fikir jugak perasaan orang. kema jugak hargai orang. kena jugak belajar cakap TERIMA KASIH.

Wednesday 5 June 2013

BUNGA MERAH PUNYA

oh bulan sampaikan rinduku ..                                         kau coretkan, lukisan hidup ku ..
oh bintang kirimkan cintaku ..                                          dengan warna-warna kelembutan ..
yang hilang pastikan bersatu,                                           ku hiaskan di kamar cinta,
oh sayang di dalam mimpi mu,                                         biar menjadi tanda,

oh bulan sampaikan rinduku,                                           kau coretkan, lukisan hidupku ..
oh bintang kirimkan cintaku,                                            dengan warna-warna kerinduan
yang hilang mungkinkah bersatu,                                     kau hiaskan di taman cinta
oh sayang di mana diri mu ?                                            biar menjadi tanda 

malam ini aku sendiri,                                                     rindu yang kau tinggalkan padaku                                            
menanti dan terus menanti,                                              membawaku ke dasarnya
                                                                                     ku renangi dengan hilai tawa mu
usah ditangis lagi, usah dirindu lagi                                  kau biarkan aku terlena
pasti kita bertemu nanti,                                                               
                                                                                     ku harap kau mengerti kasih
pejamkan mata mu kasih ...                                           ku harap kau terima sayang
                                                                                    andai aku tiada lagi di sini
                                                                                    andai aku bukan lagi milik mu                                         


sebenarnya yang dua puisi kat atas nie ialah lagu daripada ost Bunga Merah Punya,
aku terjumpa nie kat youtube, walaupun aku bukan jenis kaki jiwang sangat tapi tak tau kenapa aku jadi minat dengan dua lagu nie,
actually aku pun tak tengok lagi pun drama tue,
sebenarnya banyak lagi lagu2 dalam drama tu,
actually mana short song jea, macam puisi yang di lagukan

http://www.youtube.com/watch?v=h7mAebGeopk ( ini link kalau korang nak dengar)





Saturday 1 June 2013

hepibeday mama !

hepi beday mama !!!!!!

mama .... heppy beday dari adek anak mama yang paling nakal. ehehe
baru jap tadi adek wish beday mama kat fb dan suruh angah tunjuk kat mama,
tp ... pagi2 lagi adek dah wish kat mama kan .. i hope i am the first from your five gurl,

mama,
adek sayang mama sangat2 tau, adek tatau macam mana hidup adek kalau takde mama,
selama adek hidup dah 22 tahun nie pun, hidup adek cuma ada mama jea, adek akan buat apa yang mama nak adek buat ..

adek tatau adek sempat atau mampu ke tak nak balas budi mama ... sebab tu adek ikut semua cakap mama,
adek tau, mama tak penah halang adek untuk couple
tapi adek still single sampai sekarang sb adek belum jumpa mana-mana laki yang macam mana mama nak adek dapat...

mama ...
thanks for everything, i love u so much, banyak mana pun adek cakap adek sayang mama,
belum cukup untuk show my true love for u mama,

mama ...
thanks sebab dah besarkan adek sampai mcm nie,
walaupun susah sgt mama besarkan adek ... dengan sikap kakak2 lagi ..
tp kami sayang mama ... adek harap kakak2 pun sayang mama mcm adek sayang mama ..
adek tak tau banyak pasal rahsia keluarga kita, tp walau apa pun,
adek tetap berterima kaseh pada mama dan abah, sb dah besarkan adek ..

mama ...
adek tau, kita bukan keluarga yang mewah,
adek tak mintak banyak,
adek cuma minta doa mama, dan restu mama dalam hidup adek ..

mama ...
adek tak janji apa2 dengan mama,
tapi adek akan usaha untuk mama dgn abah ..

lastly, i love u mama abah, big thanks from me, :)

your last gurl :
ct hajar yunus (SHY)

Monday 27 May 2013

BERDUA + COUPLE = NOT REALLY



berdua tak semestinya couple,
couple tak semestinya kahwin,
kahwin tak semestinya kekal,
namun kita mendoakan yang terbaik sahaja ..
selebihnya biar sang pencipta yang menentukannya ...

motif entry kali nie adalah nak cakap tentang kawan, sahabat, pasangan,

kadang bukan nak cakap dekat orang,aku sendiri pun sama, kalau nampak laki dengan perempuan jalan berdua, selalu bersama kemana-mana mesti nak syak dowg nie couple,
chooiii ! jangan salah tafsir dulu makcik pakcik,
sebenarnya tak semua yang mcam tu bercouple,
dowg cuma selesa berkawan bersama, segala cerita suka dan duka boleh dowg kongsi,
tapi dowg tau takat mana limit ...

memanglah, orang cakap hati dan perasaan nie bukan satu perkara yang boleh disekat,
dan juga bukan satu perkara yang boleh dipaksa,
so kalau dah selesa berkawan, berkawan aje la ..
perasaan tu tak berubah, sebab selesanya hanya untuk berkawan.

macam aku pun begitu,
ramai salah faham dengan aku,
tapi takpe ... aku tak boleh nak salahkan orang ramai,
sebab  itu adalah comman sense masyarakat.

so guys !
sape yang memang selesa mempunyai hubungan sebegitu
just keep it up,
bonus jugak kalau berkawan rapat dengan lelaki,
jadi kita dapat tau, dari sudut mana lelaki pandang perempuan,,
dan kita boleh baiki cara kita untuk encik bakal suami nanti...
hehehe ..
dan ini adalah antara benifit lain ..


yeah ...
tak dinafikan kalau dari sudut agama memang persahabatan begini salah ..
dan tidak digalakkan ..
tapi masing-masing ada cara sendiri dan berfikir sendiri ..



Tuesday 21 May 2013

KALIAN. KAWAN.

bersama tak semestinya selamanya ..
berkawan bukan harus sentiasa menempek .. 
kalau dah sibuk macam mana nak berkepit ..
bukan pula cuma mencari masa tersepit .

biarpun jarang bersama, 
namun ingatan ku selalu ada,
dan selalu juga kufikirkan dimana kalian berada,
cuma cara ku sikit mengada-ngada

bukan nak cari simpati,
dah itu cara aku mengingati,
harap jangan ada yang disalah erti, 
sebab sayang tu sentiasa di hati

cara kita tak sama,
jadual kita juga tak serupa,
kalau boleh nak jea berjumpa, 
macam-macam nak bercerita,

walau apapun nama kalian dah terlekat kat hati nie,
bukan senang-senang aku nak khianati,
biar ada ruang sikit, untuk rindu penuhi hati,
sekali jumpa baru puas hati 

Sunday 12 May 2013

selamat hari ibu,

SELAMAT HARI IBU, <3 <3 <3

ibu, bonda, mama, mummy, ummi, mak,

semua panggilan ini membawa erti yang sama,
bunyinya beda, namun mereka merupakan yang utama,

aku bersyukur,kerna aku masih didampingi oleh bonda tercinta,
ku termenung, merenung jauh bagaimana dengan mereka yang sudah tiada,
kehilangan bonda tercinta adalah kehilangan yang paling terasa,

saat pulang ke rumah, aku menanti detik bonda ku menyambut,
kalau dia tiada di rumah, aku akan tunggu kepulangannya untuk disambut,

kami akan ketawa bersama, berkongsi cerita suka duka,
cerita tentang kecewa, cerita tentang perkara cinta,
segalanya dilakukan bersama,aku bahagia,
walau kadang 'ceramah'nya panjang berjela,


bagaimana dengan yang telah tiada,
pasti mereka sangat terasa,
sedihnya kerana tiada bonda,
dengan siapa mereka berkongsi suka duka,

aku tidak dapat bayangkan jika aku dalam kalangan
mereka yang sudah kehilangan,
aku bisa gila, rindu bagai gila bayang ..

bila sedar, aku tadah tangan syukur yang tidak terhingga,
pada yang maha Esa, bonda masih bersama aku,
terima kasih ALLAH SWT
terima kasih bonda

i love u so damn much !

Thursday 9 May 2013

SENTAP

kadang hidup buat kita terlupa ,
tentang satu perkara
yang kita rasa biasa,
sedangkan itu adalah keburukkan yang kita selalu lakukan ..

"nak kata tak belajar agama, dah belajar ,, apa tak cukup belajar agama ? "

yaa .. aku tersentap dengan sepotong ayat ini,
ini sentap bukan sentap touching,
ini sentap malu diri sendiri ,

aku muhasabah diri, dengan ayat ini,
terima kasih pada yang memberi ayat ini ,
memberi maksud dan kesan yang sangat dalam ...

aku masih belajar untuk baiki diri,
semoga yang Esa merestui dan memberikan ku jalan ..
amiinnnn ....

Monday 22 April 2013

DUIT

duit,
 orang cakap, ada duit boleh la sembang
kalau takde duduk senyap-senyap,

kerana duit keluarga boleh pecah belah,
kerana duit kawan sanggup di tinggalkan

jangan di jadikan duit sebagai objektif utama hidup,
sampai kita alpa segalanya,

apa duit bisa bawa kita sampai ke liang lahad,
atau kawan yang kita tinggalkan dulu,
apa duit bisa doakan kita disana,
atau anak-anak yang bakal kita lahirkan ??



Friday 19 April 2013

SENDIRI

kadang hidup ini perlu sendiri, bukan sebab sombong ..
tapi sebab nak cari diri sendiri dalam diri kita ...
bukan sebab tak perlukan kawan ..
tapi sebab nak cari diri sendiri punya kekuatan 

sebab kawan .. dah terpahat kat hati, 
tak jumpa, tapi tak lupa ..

dalam sendiri aku belajar berdikari ...
dalam sendiri aku  berkomunikasi dengan diri sendiri ,
dalam sendiri aku sedar kelemahan diri ..
dalam sendiri aku bina kekuatan ini ,

bila sendiri aku sedar kesalahan diri ,
bila sendiri aku sedar banyak yang perlu dibaiki,
bila sendiri aku sedar banyak yang perlu dicari,
bila sendiri aku sedar aku sepi ,

pesan seorang sahabat tak penah aku lupa 
"jadi perempuan nie jagan terlalu manja,mengada"
dari itu aku belajar untuk berdiri dan melangkah dengan berani,
walau diri tak setegar karang di lautan 
tapi aku cuba ,


Sunday 14 April 2013

TERIMA KASIH AKHIR

terima kasih, :)

taapppp !! (tutup pintu kereta)

aku maju .. terus berjalan ..
tanpa menoleh kebelakang,
tutupnya pintu kereta itu, 
tutuplah pintu hati itu,
biarkan semua kenangan dalam kereta itu,

tiada lagi disimpan harapan,
kerana kini semuanya sudah padam,

kata terima kasih yang terakhir ,
maksudku adalah terima kasih untuk selama ini,
harap dia faham,harap dia terfikir,

walaupun tidak pernah berjanji,
walaupun tidak pernah ikrar setia,
namun kita tahu apa mahu hati kita,
namun itu dulu punya cerita,

kini kau aku asing, sangat asing,
kau aku jauh, sangat jauh.



2 kalimah, cerita menginsafkan.
itu cerita wayang terakhir kita
sebotol air mineral dan sekeping gambar,
itu juga kenangan terakhir kita,

cara baik kita mulakan, cara baik juga kita akhirkan,
kerna segalanya kamu adalah kawan.
kerna antara kita, tidak pernah ada ikatan,
mana mungkin akan ada dendam 
10april2013