Monday 28 April 2014

CUKUPLAH SEHARI

dah banyak yang kita lalui
dan ini bukan pertama kali
jangan risau, jangan mental
aku ok

kawan,
ada sebab kenapa aku buat ini semua
jangan tanya sebabnya apa
sebab aku tak reti nak bicara
kawan,
jangan tanya sebabnya apa
sebab aku nak kau sendiri rasa
kawan,
jangan tanya sebabnya apa,
yang kita perlu hanya usaha

kawan,
aku tak mintak kau terus rasa bersalah
yang aku nak kau berubahlah
kawan,
aku tak mintak kau panggil aku sayang
yang aku nak kau fikir secara matang
kawan,
aku tak mintak kau balas jasa
yang aku nak kau buat aku macam biasa
kawan
aku tak mintak lebih, aku tak mintak beribu
cuma aku mintak kita jadi macam dulu
kalau tak mampu
cukuplah sehari kita ulang kita yang dulu,

cukuplah sehari,
bukan sekarang tapi nanti,
harap kita boleh ulangi
semua aktiviti
sekali lagi, bukan sekarang, tapi nanti

29/4/2014

DEEP

A dan B berkawan sejak kecil..kira diorang nie BFF lar..dan satu hari, diorang berjalan menyusuri tepian pantai..kat tengah2 perjalanan, diorang bertengkar and tetiba A menampar B..B yang kena tampar pun agak bengang+sakit hati sikit..tanpa berkata2, B pun menulis kat atas pasir: HARI NIE SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU…

     Diorang terus berjalan..sampai kat satu tempat nie, diorang decide untuk mandi..B yang kena tampar tadi tue+terluka hatinya cuba untuk berenang tapi nyaris tenggelam dan berhasil di selamatkan oleh A..ketika B mula sedar dan rasa takutnya hilang, dia menulis kat sebuah batu: HARI NIE SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU…

     A yang pelik+musykil pun bertanya, “kenapa setelah aku melukai hati kau, kau menulisnya kat pasir..dan sekarang kau menulis kat atas batu?”  B sambil tersenyum pun menjawab, “ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnye kat pasir agar ombak kemaafan datang dan menghapus tulisan itu..tapi bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnye di atas batu hati kita agar tak hilang di tiup angin..

p/s: ini adalah copypaste daripada seorang sahabat yang bagi aku, TERIMA KASIH. deep.

Tuesday 22 April 2014

SELAMAT DATANG SI KECIL (20/4/2014)

kehadapan awak sekecil comel,
assalamualaikum, 
selamat datang ke dunia,
awak kene jadi anak yang soleh, 
abang yang baik,
suami yang bertanggungjawab 
dan bapa yang penyang.
ingat apa yang awak tengok di dunia nanti hanyalah dusta, 
Allah hantar awak ke dunia untuk awak menjadi hamba yang taat,
belajar betapa dunia nie mencabar untuk membuat bekalan ke akhirat sana,
ingat pesan bunda aja nie, 
kalau pun awak tak sempat jumpa bunda, 
bunda tetap doa kan awak, 
bunda dah syg awak, sejak awak dalam perut ibu awak lagi, 
maaf bunda tak dapat bersama ibu dan awak saat nie, 
sayang . ingat pesan bunda nie sampai hari terakhir awak kat dunia nie k. 
jadi anak yg baik untuk ibu dan abah ..
walau apa pun yg jadi lepas nie percayalah ini bukan kehendak ibu,abah dan bunda,
kita merancang 
tapi perancangan Allah adalah yg terbaik ,

-bunda hajar-


Monday 21 April 2014

APA BENAR ?

APA BENAR YANG KAU KATA ?

Saat aku fikir diri aku tak berguna
Saat aku fikir diri aku tak dihargai
Saat aku fikir nak bawak diri
Saat tu kau buat aku sedar

Yang kau hargai aku yang sebenar
Yang aku penting buat kau biarpun pudar
Yang kau cakap tu buat aku fikir mana yang benar

Aku tak harap apa apa
Sebab aku dah cukup terluka
Yang aku mampu cuma dengar saja
Kalau betul apa yang kau kata

Nanti kita tengok kebenarannya
mana bukti kebenaran kata katanya

KOTAK

Dunia nie bulat,
Hidup umpama roda, bulat. Berputar
Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah

Tapi dalam hidup kita kena fikir di luar kotak
Boleh terima kalau aku kata hidup ini umpama kotak ?

Cuba bayang macam nie
Satu kotak,
Kehidupan kita dalam kotak tu,
Pergi balik, pergi balik
apa yang jadi pada orang akan kena pada diri kita jugak
sebab semua benda ada dalam kotak tu
itu kehidupan

tapi cara berfikir
jangan tertutup macam kotak tu,
tak kemana fikiran tu
dan jangan pulak fikir seperti dunia yang bulat
kalau fikiran dibulatkan memang benda yang sama jea lah di fikirkan
sebab bulat tu berputar
cuba fikir di luar kotak

think out of the box !

FOREVER

Hidup ini tak kekal
Yang kekal Cuma di sana
Maka,
Apa yang kita miliki di dunia
Tak ada satu pun yang kekal
Apatah lagi kekal abadi
Dustalah kalau kata ada
Kawan. Cinta biarpun musuh
Itu semua tak kekal
Lupakan pada perkataan kekal
Lupakan maksud forever
Tipu ! ianya tak pernah wujud !
Sampai satu tahap semua yang kita milki akan hilang
Akan pergi
Cuma caranya beza, masanya tak sama
Kalau sudah tiba masanya,

lepaskan saja dgn apa cara sekali pun

Sunday 20 April 2014

HATI

hati
tabahlah,
hati
kuatlah,
hati
berdikarilah
hati
diam
hati
jangan manja
hati
sudahlah

Saturday 19 April 2014

HATI REMUK

pernah tengok accident kereta yang sagat teruk
yang kereta remuk ?
pernah tengok tak ?
kat kedai bengkel kereta ?
sampai kereta tu dah tak boleh baiki lagi ?
haaa ! macam tu jugak hati nie
accident ! remuk ! hancur ! teruk

CONFUSE

She don’t need love she need a partner,
But she does have a couple beside her,
She don’t need love she need a partner
She wants someone that can obey to her
She don’t need love she need a partner
But she need someone that always accompany her
She don’t need love because there no love in her eyes
She needs a partner because she fell alone
Love not because you are alone

Love when you are ready

Sunday 13 April 2014

CINTA UNTUK DIJUAL

Cinta untuk dijual 
Bukan di pasar 
Bukan pada jualan murah

Cinta untuk di jual
Hanya untuk dia
Yang sedia mencintai 

Cinta untuk di jual
Hanya pada dia yang akan membelinya dengan mahar …

Untuk memnghalal kan hubungan cinta ini …

Friday 11 April 2014

KAYU NAN SEBATANG

Aku tak ada suara sedap untuk nyanyikan kau lagu birthday
Aku tak ada bekalan coklat, mahupun biskut tiger untuk jadi kan hadiah birthday
Yang aku ada Cuma masa untuk ingat birthday kau
Yang aku ada Cuma masa untuk jalan ke hujung hutan sana
Cari kayu nan sebatang
Tulis merapu dan apa yang aku rasa perlu
Dan yang aku ada Cuma senyuman ikhlas,
Tersenyum bahagia sambil bagi kau
Kayu nan sebatang
Cuma itu yang aku mampu

Selamat tua kawan.

Saturday 5 April 2014

BERUBAH

nak berubah ?
tolong betulkan niat sebelum laksanakan
nak berubah ?
bukan sebab seseorang
kalau tak dapat seseorang tu apa akan jadi perubahan tu ?
nak berubah ?
sebab takut kehilangan seseorang 
kalau sampai tahap kita hampir kehilangan dan kita akan rasa tergugat
saat tu kita yang sebenar akan keluar
nak berubah ?
carilah niat yang betul sebelum berubah
nak berubah ?
elok jangan jadikan sesorang alasan untuk berubah
sebab takde benda yang kekal kat dunia nie
kalau sesorang tu dah ada 
maka akan berlaku perubahan lagi ke ?
minta untuk tetapkan hati kita,
hanya untuk Allah swt
inshaallah semua akan baik



Friday 4 April 2014

KALAU AKU INI

Kalau aku ini
Cuma menyusahkan,
Tolong nyatakan
Kalau aku ini
Terlalu bergantung berharap
Tolong sedarkan
Kalau aku ini
Sangat manja
Tolong tamparkan
Biar aku sedar, biar aku belajar berdikari
Bonda selalu ajar supaya hidup sendiri
Jangan menyusahkan sampai kena maki
Biar aku susah sendiri, asal jangan kena maki

Dengan orang yang tak tahu menahu hal ini