Monday 22 April 2013

DUIT

duit,
 orang cakap, ada duit boleh la sembang
kalau takde duduk senyap-senyap,

kerana duit keluarga boleh pecah belah,
kerana duit kawan sanggup di tinggalkan

jangan di jadikan duit sebagai objektif utama hidup,
sampai kita alpa segalanya,

apa duit bisa bawa kita sampai ke liang lahad,
atau kawan yang kita tinggalkan dulu,
apa duit bisa doakan kita disana,
atau anak-anak yang bakal kita lahirkan ??



Friday 19 April 2013

SENDIRI

kadang hidup ini perlu sendiri, bukan sebab sombong ..
tapi sebab nak cari diri sendiri dalam diri kita ...
bukan sebab tak perlukan kawan ..
tapi sebab nak cari diri sendiri punya kekuatan 

sebab kawan .. dah terpahat kat hati, 
tak jumpa, tapi tak lupa ..

dalam sendiri aku belajar berdikari ...
dalam sendiri aku  berkomunikasi dengan diri sendiri ,
dalam sendiri aku sedar kelemahan diri ..
dalam sendiri aku bina kekuatan ini ,

bila sendiri aku sedar kesalahan diri ,
bila sendiri aku sedar banyak yang perlu dibaiki,
bila sendiri aku sedar banyak yang perlu dicari,
bila sendiri aku sedar aku sepi ,

pesan seorang sahabat tak penah aku lupa 
"jadi perempuan nie jagan terlalu manja,mengada"
dari itu aku belajar untuk berdiri dan melangkah dengan berani,
walau diri tak setegar karang di lautan 
tapi aku cuba ,


Sunday 14 April 2013

TERIMA KASIH AKHIR

terima kasih, :)

taapppp !! (tutup pintu kereta)

aku maju .. terus berjalan ..
tanpa menoleh kebelakang,
tutupnya pintu kereta itu, 
tutuplah pintu hati itu,
biarkan semua kenangan dalam kereta itu,

tiada lagi disimpan harapan,
kerana kini semuanya sudah padam,

kata terima kasih yang terakhir ,
maksudku adalah terima kasih untuk selama ini,
harap dia faham,harap dia terfikir,

walaupun tidak pernah berjanji,
walaupun tidak pernah ikrar setia,
namun kita tahu apa mahu hati kita,
namun itu dulu punya cerita,

kini kau aku asing, sangat asing,
kau aku jauh, sangat jauh.



2 kalimah, cerita menginsafkan.
itu cerita wayang terakhir kita
sebotol air mineral dan sekeping gambar,
itu juga kenangan terakhir kita,

cara baik kita mulakan, cara baik juga kita akhirkan,
kerna segalanya kamu adalah kawan.
kerna antara kita, tidak pernah ada ikatan,
mana mungkin akan ada dendam 
10april2013