terima kasih, :)
taapppp !! (tutup pintu kereta)
aku maju .. terus berjalan ..
tanpa menoleh kebelakang,
tutupnya pintu kereta itu,
tutuplah pintu hati itu,
biarkan semua kenangan dalam kereta itu,
tiada lagi disimpan harapan,
kerana kini semuanya sudah padam,
kata terima kasih yang terakhir ,
maksudku adalah terima kasih untuk selama ini,
harap dia faham,harap dia terfikir,
walaupun tidak pernah berjanji,
walaupun tidak pernah ikrar setia,
namun kita tahu apa mahu hati kita,
namun itu dulu punya cerita,
kini kau aku asing, sangat asing,
kau aku jauh, sangat jauh.
2 kalimah, cerita menginsafkan.
itu cerita wayang terakhir kita
sebotol air mineral dan sekeping gambar,
itu juga kenangan terakhir kita,
cara baik kita mulakan, cara baik juga kita akhirkan,
kerna segalanya kamu adalah kawan.
kerna antara kita, tidak pernah ada ikatan,
mana mungkin akan ada dendam
10april2013
No comments:
Post a Comment