aku selalu impikan seorang lelaki
yang boleh petik gitar sambil menyanyi
nyanyi lagu cinta pada aku setiap hari
boleh ucap aku good morning baby
yang ada di sisi di setiap bangun pagi
bila fikir balik ini semua hanya ada dalam mimpi
mana nak cari lelaki sebegini
apatah lagi nak dijadikan encik suami
yang boleh petik gitar bersepah sana sini
tapi belum tentu boleh setia di sisi
yang boleh menyanyi belambak zaman ini
tapi belum tentu lancar bila mengaji
ada jea yang boleh ucap good morning baby
tapi belum tentu ada cinta di hati
yang ada di sisi setiap bangun pagi
tapi belum tentu dia bangun tahajud di dinihari
cari yang cuma sederhana untuk bakal suami
yang lain serah kepada jodoh dari Ilahi
No comments:
Post a Comment