Thursday, 18 September 2014

LT.M

Ini adalah perjalanan
Untuk memenuhi kehendak duniawi
Aku sendiri tak pasti
Adakah ini kehendak hati
Tapi satu yang pasti
Perjalanan ini penuh erti
Sangat perit utk di lalui
Apa yang harus ditanam dalam diri
Yang bermula pasti berakhir
Aku yang mulakan aku harus akhiri

Perjalanan ini belum selesai
18 Ogos 2014 tarikh aku fly
Ke UPSI sana bersama skuad yang dah lama sampai

Satu paku dah ada atas bahu
Apa ini yang di tunggu ?
Selama tiga tahun berusaha untuk itu
Ini Cuma satu paku
Belum berpaku paku atau bersilang atas bahu

Ini bukan yang aku mahu sebenarnya
Tapi ini yang terbaik buat aku juga
Ini rezeki dari Yang Maha Esa
Pengalaman itu aku dapat sekurang kurangnya


Berada dalam dunia ini bukanlah mudah
Rasa penat, tak puas hati, pendapat tak senang nak luah
Pangkat dijulang, bodoh ditendang, mengampu di sayang
Apa yang aku tahu aku tak sesuai
Untuk terus hidup dalam ini buai
Aku jenis cuai
Silap hari bulan aku boleh lunyai




No comments:

Post a Comment