hati hati memilih hati
ada yang cuma nak kau jadi pengganti
tapi dia tak cinta mati
hati hati memilih hati
ada yang pilih kau kerana harta duniawi
bila kau dah muflis dia akan pergi
hati hati memilih hati
ada yang memilih kau kerana populariti
bila kau tak ada itu semua dia berubah hati
hati hati memilih hati
kau sendiri pun pilih sebab tak pasti
hati hati memberi hati
Thursday, 27 February 2014
Sunday, 23 February 2014
NAK MASA
buat masa sekarang, buat masa ini
aku cuma nak sendiri, sendiri, dan sendiri
biar berdiri, duduk atau mengiring
asalkan aku sendiri
aku nak yang sunyi . sunyi dan sunyi
biar aku sepi. sepi. sepi
tanpa siapa di sisi
bukan lama, cuma bagi masa sikit
aku nak ruang, aku nak berfikir
yang penting aku nak sendiri
sunyi
sepi
tanpa ganguang insani
Thursday, 20 February 2014
KOTA JANJI
Aku diam diri,
Dia mencari
Aku ingin pergi
Dia kembali
bagaimana
Aku mahu kota janji ?
jangan salahkan kami
dah terbiasa begini .
Tuesday, 18 February 2014
BEZA
Apa samanya kita,
Kita kenal laki yang sama
Apa bezanya kau dan aku ?
Kau terima dia, dan aku pilih untuk tak kena tipu
Apa bezanya kau dan perempuan lain ?
Kau terima dia, dan mereka tak biar hubungan terjalin
Sebab,
Sebab semua ayat dan kata kata dia,
Kami dah pernah dapat, dah pernah rasa
Dan semua tu aku fikir cuma dusta
Tapi kau fikir itu cinta
Itu beza kau aku dan mereka
Itu beza kita
Monday, 17 February 2014
PELUANG
Kalau diberi peluang untuk undurkan masa
Aku tak mintak lebih,
Cukuplah kembalikan aku setahun yang dulu
Sunday, 16 February 2014
AKU MASIH RINDU
maaf,
Aku masih rindu
Pada kekasih kamu
Sebab kami bahagia dulu
Sebelum hadirnya kamu
PESANAN
kalau aku boleh pesan pada dia,
Aku nak pesan, tolong setia
Sebab sampai hari ini aku masia setia,
Sedia .
Tunggu dia,
Cuma dia
Encik suami yang ditetapkan oleh DIA
Tuesday, 11 February 2014
AJAL JODOH REZEKI
ajal itu urusan Allah
jodoh itu rahsia Allah
rezeki itu milik Allah
ajal .
kita tak tahu bila ajal kita akan tiba
kalau boleh kita nak juga tau bila
supaya lebih bersedia
boleh buat taubat nasuha
moga moga masuk syurga
tapi ajal itu urusan ALLAH
jodoh.
kita sibuk couple, bercinta
bagi apa semua yang diminta
sampai lupa dosa pahala
kadang tak sedar tu semua dusta
hingga tertipu semua tu dusta
kita kena sedar belum tentu jodoh kita dengan dia
sebab jodoh itu rahsia ALLAH
rezeki .
ada orang usaha tapi rezeki tak berpihak
ada orang tak usaha tapi rezeki beranak
jangan takbur, jangan riak
apa pun jangan lupa tadah tangan, bersyukur sejenak
sebab rezeki itu milik ALLAH
Wednesday, 5 February 2014
CEMBURU
apa ?
kamu rasa cemburu itu busuk hati ?
apa ?
kamu rasa wangi sangat kamu punya hati ?
apa ?
kamu tak pernah ada cemburu di hati ?
apa ?
kenapa perlu fikir negarif ?
ambil cemburu itu sebagai perkara positif
aku jenis kuat cemburu
aku jenis senang cemburu
dan aku juga jenis senang lupakan cemburu
aku cemburu pada kejayaan rakan seperjuangan
cemburu itu buat aku lebih kuat untuk bersaingan
aku cemburu pada sang kekasih
cemburu itu buat aku dekat dengan pencipta yang maha pengasih
berdoa supaya Dia kurniakan aku kebahgaiaan yang lebih
orang yang rasa orang lain cemburu padanya adalah orang yang cemburu akan kamu
cemburu itu biasa
cemburu saja
kita bukan sempurna
Subscribe to:
Posts (Atom)