seorang ibu tua,
aku tak kenal,
oh, mungkin kenal tapi tak begitu rapat,
cuma sekali bertegur sapa, bersembang pendapat,
matanya sayu, wajah tua, masih nampak muda,
tapi umurnya sudah lanjut usia,
aku jatuh kesian,
seorang ibu tua,
mungkin juga seperti aku punya mama,
wajah tak sama, namun mereka berkongsi naluri keibuan yang sama,
merindui anak yang jauh dihantar belajar, dengan seribu harapan,
aku tak kenal dengan si ibu tua,
tapi aku faham seperti apa yang dia rasa,
sama seperti mama
kerana mama selalu berkongsi apa dia rasa
seorang ibu tua,
ya, aku bertahan di sini kerana mama,
dan aku tahan kan semua ini kerana si ibu tua,
anggap saja apa yang aku buat lepas nie,
kerana dia,
si ibu tua
nukilan ini, untuk aku,
bukan untuk bermuka muka,
ini ikhlas aku rasa,
aku pecaya, ada yang tidak faham,
tak mengapa, sebab aku yang azam
semua ini, aku tanam